Nurul Atika Moktar

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, February 19, 2011

Wanita lebih cantik tanpa mekap!

Perempuan & mekap! Memang tak boleh nak dipisahkan, betul tak?
Apa pula pendapat kaum Adam pasal ni.. Jom kita kupas isu ni..

  • Laman MailOnline melaporkan bahawa dapatan tinjauan tersebut menunjukkan seorang daripada lima lelaki berharap pasangan mereka akan kurang bermekap. Dapatan itu juga menunjukkan seorang daripada 10 lelaki lebih gemarkan wanita yang langsung tidak bermekap.

  •  Ramai lelaki menganggap membincangkan hal mekap yang terlalu tebal dengan pasangan mereka sebagai sesuatu yang sukar ditimbulkan.

  • Seorang daripada 10 responden lelaki yang menimbulkan hal itu akhirnya ditinggalkan pasangan masing- masing. Kajian itu juga menunjukkan bahawa sekitar 12 peratus wanita akui mereka terlalu banyak bermekap.

  • 'Jadi nampaknya, kaum Hawa memakai terlalu banyak mekap untuk menyembunyikan kulit mereka bukan sekadar menarik perhatian kaum lelaki. Sekiranya wanita terasa lebih yakin dengan kulit mereka, tidak perlulah mereka terlalu banyak bermekap.'

  • Tinjauan juga menunjukkan kaum Adam tidak gemarkan bulu mata palsu, gincu yang terlalu terang warnanya, penggaris bibir yang terlalu gelap warnanya, dan kening yang dilukis.

  • Kajian itu juga menunjukkan bahawa bagi setiap 10 wanita, lebih daripada empat hampir bermekap setiap kali sebelum meninggalkan rumah mereka. Sekitar 15 peratus mengaku mereka tidak akan keluar pintu rumah tanpa bermekap. Hampir dua pertiga wanita mengaku bermekap di seluruh muka sebelum ke tempat kerja setiap hari.

  • Sedikit mekap adalah yang terbaik.

 
Di bawah ini disediakan satu senarai mekap yang tidak disukai kaum Adam:
1) Mekap yang melekat pada gigi.
2) Pemerah pipi.
3) Bedak asas yang terlalu tebal.
4) Mata yang kelihatan seperti beruang panda.
5) Maskara yang terlalu tebal.
6) Warna bibir yang terlalu terang.
7) Kesan bedak asas kelihatan di bahagian bawah rahang.
8) Pembayang mata yang berwarna biru terang.
9) Kening yang dilukis.
10) Celak yang terlalu tebal.

No comments:

Post a Comment