Hai korang. baru-baru ni Eka join kelab Marketeers UiTM Segamat untuk program OPKIM kat Laman Bangkinang, Batu Kikir, Negeri Sembilan. Kawasan tu kawasan kampung, memang jauh dari kesesakan bandar. Kami seramai 69 orang pergi selama 2 hari 1 malam. Tak banyak sangat aktiviti disebabkan masa yang terhad. So, kat bawah ni antara gambar sepanjang kami berada di sana.
|
Eka n kawan-kawan senior yg terlibat :) |
|
Konon2 poster |
|
Kami 10 beradik bersama ibu & ayah angkat |
|
Acara mengacau dodol |
|
Peluk ibu. hehe ibu buat lawak masa ni |
|
Ibu angkat, Puan Norasiah Maamor |
|
Masing2 first time naik Hilux |
Kami dibawa ke Jeram Tengkek di mana terletaknya air terjun. Huhu..seronok masing2 dapat pengalaman naik Hilux. Perjalanan ke Jeram Tengkek mengambil masa lebih kurang 5- 10 minit di mana kami menempuh kawasan penempatan orang asli, dusun durian..
|
Hutan Lipur Jeram Tengkek, Kuala Pilah |
|
Kutip sampah.. |
|
Puan Norasiah dan puteri-puterinya |
Masa malam kebudayaan kami dibahagikan kepada 7 kumpulan di mana setiap kumpulan perlu menari tarian endang. Yang lagu ding ding marinding kot bunyinya.. bayangkan hanya selama beberapa jam kami diberi masa untuk berlatih. Masing2 cuba melakukan yg terbaik. yeayyy kumpulan Eka monang dapat no satu yaww.. hihi
|
Ada malam kebudayaan. Kena menari tarian endang. |
Ha.. masa acara sukaneka, antara sukan yg disediakn adalah acara tarik upih, baling belon air, isi air dalam botol, lerek rim basikal, lari jalan terbalik menggunakan buluh, ambil gula dalam tepung, boling padang.
|
Pertandingan tarik upih |
Acara ni terbuka kepada lelaki sahaja di mana setiap kumpulan menghantar wakil untuk duduk di atas batang kelapa yg dilentangkan atas kolam. mereka perlu memukul lawan menggunakan guni yg sy pun tak tahu apa isinya yg direndam dalam air. kiranya guni tu berat tau.
|
Pertandingan pukul bantal. Siapa kalah masuk kolam. yg ni juara yg belah kanan |
|
Kalau ada masa in sya Allah kami datang lagi :)
shiera - eka - nadya |
No comments:
Post a Comment