Nurul Atika Moktar

Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label bebelan. Show all posts
Showing posts with label bebelan. Show all posts

Wednesday, February 29, 2012

Hari2 yang sangat BUSY!!

"Ahhhhhh...penatnyaaa....."

Tu lah benda yang akan eka cakap hari-hari bila jejak je kaki kat rumah.. Mana taknyer.. asal balik rumah je, bumi dah gelap... Badan lesu tak boleh nak cakap apa dah... Hari-hari muka macam sambal tumis... comot selekeh semua ada..

Erghhhh...kena jugak kuatkan semangat... Last sem, kena kerja kuat sikit.. huhu (ayat sedapkan hati).

Esok ada presentation pasal company kitorang.. Huhu.. company SERI DESA...enterprise jer.. alaaa..baru nak mula... start from the scratch la katakan..kecik2 sudah... Hopefully semuanya berjalan dengan lancar..


Dan...cukup samapi di sini... eka nak sambung buat assignment... haihhhhh.... mood lesu datang dengan tiba2... ok bye~

Friday, December 23, 2011

Blog Aku Buruk Sangat

HAha.. SEDIH gila tajuk..
Malas lah aku nak buat blog cantik2.. daripada serabut biar aku buat kosong jek..
Tapi bila singgah kat blog orang lain plak..
"Eh eh.. cantiknya dia buatttt"

Jadi interested plak nak baca bila blog tu cantik..
haihhh mam mane niaku bukan reti semua ni..

Oi.. Oii.. jangan kutuk blog aku.. ishh..

Ok2.. nanti aku tukar.. bagi aku belajar dulu ilmu belog ni. haha. ok.. syhhh.. dah boleh tutup mulut.

Monday, November 28, 2011

20 tahun yg lalu..

Hari Jumaat, tepat ketika azan zohor, bertempat di Hospital Besar Melaka... mak selamat melahirkan anak ketiganya, seorang bayi perempuan.. bayi tersebut pada mulanya hendak dinamakan Nur Syuhada.. sebab abg2 dia nama Syahid & Syahir.. so nk nama 'S' jugak la kononnya..

Tapi tiba2 mak tukar kepada Nurul Atika.. Mak kata, time tu ada satu sinetron Indonesia tajuknya 'Cubit-cubitan' kalau tak silap.. salah satu watak dalam cerita tu bernama Atika, mak tertarik dgn watak tu. Kata mak. watak tu bersifat lembut, baik hati.. Mak nak anak prmpuan mak tu jdi mcm watak dalam citer tu..

Sekarang... selepas 20 tahun... Atika yg sedang menulis ni jadi mcm yg diinginkan ke tak? hihi...tak tahu la.. sape yg kenal Eka, korang tahu sendiri la kan? hihi..

Terima kasih mak, jaga Eka selama ni.. Eka sayang mak sangat2. Abah pun. I love u!

Monday, August 22, 2011

raya bagi aku

eh.. dah besar ni rasa tak semangat la nak raya..
sebab atok nenek  sume dah takde
nk gi  umah kgkawan transport takde
baju raya? takde pon lagi
jalan2 ngan parents tak beli ape pun
pada aku
cukup kot hanya pakai baju kurung yg aku pakai
hari2 pergi kelas
sandal yg sedikit terkoyak
tudung cukup sekadar menutup kepala..

nak kata tak mampu,, boleh je nk beli semua baru..
tapi.. tah..
aku suka biasa2 sahaja

sebab tu baru betul diri aku.
hihi..peace =)