Nurul Atika Moktar

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, January 16, 2012

Selamat Pulang Dari Langkawi.. Seronok!

Gambar ni Eka tangkap dari dalam bas masa dalam perjalanan pulang dari Kuala Perlis ke Johor.. Cantik kan sawah ni? tiba2 ada pokok mati pulak.. tengok balik dah macam kat Africa lak. hehe..


Ok.. mana kitorang pergi kat Langkawi? erm... kitorang pergi beberapa tempat..


1. Warisan Sireh Lagenda - Sireh Lagenda ni tempat penghasilan produk gamat. Kat sini dapatlah tengok macam mana rupa ulat gamat tu ataupun dikenali dengan nama 'sea cucumber'. Banyak jugak produk gamat,40 jenis klu tak silap. bukan minyak gamat je taw.. biskut gamat pun ada.. haaa..nak try ke xnak je persoalannya sekarang..



2. Kompleks Kraftangan Langkawi - ok, tempat dia besar taw.. kat sini banyak barang2 kraftangan. KARYANEKA, di mana barang2 kat sana bukan sahaja dipamerkan, tp ada jugak yg untuk dijual. apa yg ada kat situ?
- lukisan batik
- barang perhiasan wanita
- baju
- bakul2 anyaman
 errr... tak ingat dah..
- ada muzium jugak tau kat sini


3. Faizy Crystal Glass Blowing Sdn Bhd - ok.. tempat ni adalah tempat penghasilan barang-barang hiasan kaca. Kat sini kitorang dapat tengok macam mana daripada ketulan2 pasir silica tu diproses jadi hiasan kaca. Menarik jugak tgk proses pembuatan tu, tapi panas sikit la. bayangkan, kita tgk secara dekat mesin2 tu yg mana salah satu mesin tu bersuhu 1400 darjah celcius! panas kan? tp brader kat situ relaks je.. hoho..



4. Ummiagro - Ummiagro ni kilang air mineral.. jenama air dia ialah 'air mineral mim'. Kat sini kitorang tak dapat tengok macam mana air ditapis, tp kitorg dapat tgk mcm mana packaging dibuat. Tahu tak bentuk asal botol mineral yg selau kita minum tu? Bentuk dia kecik je taw, macam test tube. Lepas tu guna high pressure untuk tiup benda tu n jadilah botol... =)



5. Pekan Kuah - Pekan Kuah ni biasanya memang orang akan pergi bila sampai langkawi. Kat sini lah korang boleh beli coklat, pinggan mangkuk, sudu2, baju2.. harga bolah tahan lah murah.. pandai2lah tawar-menawar =)



6. Kondo Istana - Kitorang menginap kat sini.. Kitorang pilih apartment memandangkan kami ni ramai. Selesa..view pun okay.. Harga? berpatutan...



Rasanya nak pergi lagi je Langkawi.. Seminggu ok kot.. nak pergi dengan family pulak. One day insyaallah..

No comments:

Post a Comment