Nurul Atika Moktar

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, December 31, 2011

Facebook Saya Kena Hack!!


Ok.. perkara ni berlaku 26 Disember 2011 hari Isnin.. Macam mana kena hack pun tak tahu la.. sebab rasanya online guna laptop sendiri je.. n telefon sendiri..
Ceritanya macam ni.. aku try bukak FB tiba2 takleh login tau.. FB kata password aku salah.. banyak kali buat still jadi benda sama.. 3 hari tak boleh  tau..
Pastu, try hack balik.. dapat.. terus tukar password FB aku.. haaa..amek.. segala macam setting dia gi tukar.. pastu http yg kat belah atas tu sebelum ni aku punya www.facebook.com/ekaketot  Tapi sekarang dia dah tukar jadi

"princess jelita ika ketot" kau tukar nama aku yer hacker.. ish3.. GEDIK okay nama tu.. dah lah aku takleh nak tukar balik.. ishh.. siapa lah kau kan..

Teringin gak nak tahu sape hacker tu.. Eh.. korang.. be careful tau. Jangan dedahkan e-mail korang. lagi senang orang nak trace password nanti..


Friday, December 30, 2011

2011 Bakal Melabuhkan Tirainya

Sedar tak sedar kita hanya selangkah je lagi nak menjejak ke tahun 2012.. Alhamdulillah.. syukur dipanjat ke hadrat Ilahi kita masih diberi kesempatan untuk hidup di dunia ni..

Macam biasa lah.. kalau dah end of the year, kita akan rangkumkan keseluruhan cerita kita sepanjang tahun.. Memang... macam2 berlaku.. ada pahit, ada manis..ada masam.. ada masin... (dah macam masakan plak)

Antara yang lekat kat ingatan aku:

  • Mula berdikari : start duduk rumah sewa.. buat semua kerja rumah n bayar bil2 sendiri..
  • Nureen Syifa : anak buah aku dah semakin bijak n comel.. satu2nya buah hati aku

  • Vacation : tahun ni aku banyak berjalan.. Teluk Cempedak, Pahang, Melaka, Seremban, Kluang, Johor Bharu, Selangor.. mana lagi ek? tak ingat

  • Sambutan hari lahir yg bermakna : aku dapat hadiah2 yg istimewa ^_^

  • Aku nak dipinang : hoho.. kalau terima, jadi isteri org dah aku sekarang.

  • Skill masak : eh, dah makin pandai lah.. tahun 2011 ni aku cuba masak benda2 baru.. seronok!

  • Hasil kebun menjadi-jadi : banyak gila buah2an kali ni. tak menang tangan nak petik

  • Banjir : kelam kabut bersedia nak hadapi banjir yg cuma khabar angin. haha

  • Otot kaki semakin kuat : haha memang tahun ni aku paling banyak jalan kaki.. mula2 sakit kai tp lama2 dah biasa.. yeahhh.. aku hebat. haha

  • Tekanan : ohhh stess.. banyak dugaan yg menimpa, tapi alhamdulillah aku dapat harungi dengan mereka2 yg saya sayang ada di sisi.. love u wani, jana..

  • Kenal kawan2 baru : Pergi Pahang, pergi JB... tambah la lagi kawan kan..

Memang tahun 2011 ni bagi aku banyak makna.. aku belajar apa tu sabar, tabah, redha.. Aku belajar erti kehidupan.. Alhamdulillah.. berkat kesabaran,, Allah beri aku kebahagiaan.. Aku belajar untuk berfikir dgn lebih matang.. Fizikalnya aku masih seperti budak.. Aku boleh gelak2, huha2.. tapi aku pandang sesuatu dari pelbagai sudut.. Kalau ikutkan hati banyak benda aku nak lakukan.. Sesuatu yg belum terbalas.. Tapi,, tak guna kalau aku teruskan.. Aku maafkan mereka.. Cukup untuk aku bgtahu,, AKU BAHAGIA..

So.. Selamat tinggal 2011... Selamat datang 2012!!

Friday, December 23, 2011

Kenapa Saya Tak Kisah?

Tak apa kalau saya tak ada kawan di sisi setiap masa
Tak apa kalau orang tak kenal saya
Tak apa kalau saya tak ada ramai kawan
Tak apa kalau orang nak kata saya budak kampung yang selekeh
Tak apa kalau orang nak buat saya marah
Tak apa kalau orang perlekehkan idea saya
Tak apa kalau orang mengutuk saya
Tak apa kalau orang nak saya jatuh


Saya boleh berdikari kalau sorang2.. pandai2 bawa diri
Saya boleh bergerak ke mana2 dgn bebas, tanpa diperhatikan
Saya lebih suka ada sahabat drpd kawan ramai yg hanya ada ketika senang
Saya suka jadi diri sendiri drpd berpura-pura hanya untuk diterima
Saya akan jadi lebih matang dgn membiarkan perangai keanakan mereka
Saya nak tengok boleh tak mereka lontarkan idea yg lebih bernas
Saya boleh tahu apa kekurangan saya n cuba perbaiki diri saya
Saya boleh motivasikan diri untuk terus bangun


Di sebalik semua TAK APA ni, aku masih bahagia, tersenyum tiap masa dengan kehadiran insan2 yg sangat aku cinta, sayang dan kasih.


Mak, Abah, Along, Angah. Kak Syuhada..dan Nureen Syifa.. Mereka kekuatan aku.. Kami bukan keluarga yang kaya dengan harta. tapi kami kaya dgn kasih sayang..





Wani .. gadis comel yg aku kenal bulan 1 tahun 2010.. kalau aku ada masalah, dia lah orang terdekat yg boleh aku ngadu.. even dia tengah buat something, dia akn stop n dahulukan org lain.. wani.. kau sahabat yg sangat baik.. aku ikhlas sayang kau sangat2.. ( menitis air mata dgn tiba2 ) =')


Jana.. aku suka nama dia Nur Janna Husiella.. Sedap kan? Dia housemate n classmate.. Seorang sahabat yg punya hati yg suci.. Kawan rapat dia Sarah  dgn Uwais.. Aku mudah sayang dia sbb aku nampak mcm mana dia sayangkan kawan2 dia..

Blog Aku Buruk Sangat

HAha.. SEDIH gila tajuk..
Malas lah aku nak buat blog cantik2.. daripada serabut biar aku buat kosong jek..
Tapi bila singgah kat blog orang lain plak..
"Eh eh.. cantiknya dia buatttt"

Jadi interested plak nak baca bila blog tu cantik..
haihhh mam mane niaku bukan reti semua ni..

Oi.. Oii.. jangan kutuk blog aku.. ishh..

Ok2.. nanti aku tukar.. bagi aku belajar dulu ilmu belog ni. haha. ok.. syhhh.. dah boleh tutup mulut.

Wednesday, December 21, 2011

Kalimah Cinta Seluruh Dunia

Bahasa Afrika - Ek het jou lief
Bahasa Albania - Te dua
Bahasa Arab - Ana uhibbuka (kepada lelaki), Ana uhibbuki (kepada perempuan)
Bahasa Armenia - Yes kez sirumem
Bahasa Bajau - lasekku mennu atau domanku mennu
Bahasa Bengali - Ami tomake bhalobashi
Bahasa Belanda - Ik hou van jou
Bahasa Belarus - Ya tabe kahayu
Bahasa Bulgaria - Obicham te
Bahasa Catalan (Andorra & sebahagian Sepanyol) - T'estimo
Bahasa Croatia - Volim te
Bahasa Czech - Miluji te
Bahasa Denmark - Jeg Elsker Dig
Bahasa Estonia - Ma armastan sind
Bahasa Ethiopia - Afgreki'
Bahasa Finland - Mina rakastan sinua
Bahasa Frisian (sebahagian Belanda) - Ik hald fan dy
Bahasa Gaelic (sebahagian Sepanyol) - Ta gra agam ort
Bahasa Georgia - Mikvarhar
Bahasa Greek - S'agapo
Bahasa Gujerat (India) - Hoo thunay prem karoo choo
Bahasa Hawaii- Aloha Au Ia`oe
Bahasa Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hae
Bahasa Hungary- Szeretlek
Bahasa Iceland - Eg elska tig
Bahasa Indonesia - Saya cinta padamu
Bahasa Inggeris - I love you
Bahasa Ireland - Taim i' ngra leat
Bahasa Itali - Ti amo
Bahasa Jepun – Aishiteru atau Anata ga daisuki desu
Bahasa Jerman - Ich liebe dich
Bahasa Kantonis - Ngo oiy ney a
Bahasa Kemboja - Soro lahn nhee ah
Bahasa Korea - Sarang Heyo atau Nanun tangshinul sarang hamnida
Bahasa Latin - Te amo
Bahasa Latvia - Es tevi miilu
Bahasa Lebanon - Bahibak
Bahasa Lithuania - Tave myliu
Bahasa Luxembourg - Ech hun dech gaer
Bahasa Macedonian - Te Sakam
Bahasa Mandarin - Wo ai ni


Bahasa Malayalam - Njan Ninne Premikunnu
Bahasa Malta - Inhobbok
Bahasa Maghribi - Ana moajaba bik
Bahasa Melayu - Aku cinta padamu
Bahasa Nahuatl (Mexico) - Ni mits neki
Bahasa Ndebele (Zimbabwe) - Niyakutanda
Bahasa Norwegian (Norway) - Jeg elsker deg (dialek Bokmaal) atau Eg elskar deg (dialek Nyonrsk)
Bahasa Parsi - Doset daram
Bahasa Perancis - Je t'aime, Je t'adore
Bahasa Poland - Kocham Ciebie
Bahasa Portugis - Eu te amo
Bahasa Romanian - Te iubesc
Bahasa Rusia - Ya tebya liubliu
Bahasa Scot Gaelic (United Kingdom) - Tha gra\dh agam ort
Bahasa Serbia - Volim te
Bahasa Slovakia - Lu`bim ta
Bahasa Slovenia - Ljubim te
Bahasa Sepanyol - Te quiero / Te amo
Bahasa Swahili - Ninapenda wewe
Bahasa Sweden - Jag alskar dig
Bahasa Swiss-Jerman - Ich lieb Di
Bahasa Surinam - Mi lobi joe
Bahasa Suluk - malasah aku kaimu atau mabaya aku kaimu
Bahasa Tagalog (Filipina) - Mahal kita
Bahasa Taiwan - Wa ga ei li
Bahasa Tahiti - Ua Here Vau Ia Oe
Bahasa Tamil - Nan unnai kathalikaraen
Bahasa Telugu - Nenu ninnu premistunnanu
Bahasa Thai - Phom rak khun (kepada perempuan), Chan rak khun (kepada lelaki) & Rak te (tidak formal)
Bahasa Tunisia - Ha eh bak
Bahasa Turki - Seni Seviyorum
Bahasa Ukrain - Ya tebe kahayu
Bahasa Urdu - mai aap say pyaar karta hoo
Bahasa Vietnam - Anh ye^u em (kepada perempuan) & Em ye^u anh (kepada lelaki)
Bahasa Welsh (Wales) - 'Rwy'n dy garu di
Bahasa Yiddish (sebahagian Rusia) - Ikh hob dikh

Banjir? Bersedia Semua!!

Sekarang ni musim hujan.. air sungai pun dah mula naik.. jadi, pastikan anda yg tinggal di kawasan berhampiran sungai bersiap sedia untuk menghadapi banjir.. air mungkin naik dengan cepat.. Jaga anak2 kecil.. elak sebarang kejadian yg tak diingini..


Berikut adalah petikan Panduan Menghadapi Becana yang diterbitkan oleh Jabatan Pertahan Awam

Sebelum Banjir
  • Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
  • Pastikan sistem amaran banjir, cara ianya disampaikan dan maklumat persediaan banjir tempatan.
  • Periksa lubang air samada longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak melimpah masuk melaluinya.
  • Pastikan pusat pemindahan dan pusat bantuan bencana di tempat anda, buat plan dan latihan pemindahan kecemasan.
  • Sediakan Peralatan Kecemasan.
  • Pastikan seluruh ahli keluarga anda mengetahui Cara-cara Bertindak Semasa Kecemasan di rumah.
Sebelum Banjir - Semasa Tanda-Tanda Dikesan
  • Dengar pengumuman dari radio.
  • Penuhkan tong, bekas, sinki atau tab mandi dengan air bersih, semasa banjir air mungkin menjadi kotor.
  • Bawa masuk perabot atau perkakas di luar rumah.
  • Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama dalam bekas kalis air.
  • Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
  • Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.
Semasa Banjir - Di Dalam Rumah
  • Dengar pengumuman dari radio.
  • Bersedia dengan peralatan kecemasan.
  • Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.
Semasa Banjir - Di Luar Rumah
  • Pergi ke tempat yang tinggi dan selamat.
  • Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus yang deras boleh menghanyutkan anda.
  • Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir samada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
  • Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
  • Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
  • Jangan minum air banjir.
Semasa Banjir - Di Dalam Kenderaan
  • Jangan terus mengharungi kawasan banjir, berpatah balik.
  • Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan anda dan tinggalkan ia, pergi ke tempat yang selamat.
Semasa Banjir - Semasa Pemindahan
  • Apabila menerima arahan, segeralah berpindah.
  • Berpindah awal sebelum air banjir meningkat atau semasa siang, ianya lebih mudah dan selamat.
  • Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.
Selepas Banjir
  • Dengar pengumuman radio atau tunggu arahan pihak berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
  • Beri bantuan kepada jiran anda atau orang-orang yang kurang upaya (Orang tua, kanak-kanak atau orang-orang cacat).
  • Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan ianya mungkin tidak selamat.
  • Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya-bahaya yang tersembunyi.
 Selepas Banjir - Semasa Memasuki Bangunan
  • Pakai kasut.
  • Periksa kerosakan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
  • Periksa sebarang tanda kehadiran binatang atau serangga berbisa dan merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bersepah dilantai rumah anda.
  • Perhatian siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.
Selepas Banjir - Periksa Ancaman Bahaya
  • Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
  • Periksa wayar elektrik yang terendam dalam air.
  • Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
  • Periksa bahan-bahan mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, disel dan sebagainya).
  • Buang bahan-bahan makanan yang terendam atau terkena air banjir termasuk makanan dalam tin.
  • Periksa kerosakan tangki septik untuk elekkan bahaya biologi.
  • Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak berkuasa.

Thursday, December 15, 2011

Bahasa Inggeris itu penting

Sekarang ni siapa je yg tak pandai cakap dalam English (omputeh bak kata mak2 kita) ..
Kadang tu budak2 yg kecik lagi, comel2 umur sebelum tadika.. haa.. berhabuk cakap omputeh..
Comel memang comel..tapi kita tahu tak sebenarnya Bahasa Inggeris tu penting?

Kalau kita lihat kat sekolah sekarang murid2 belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. (sy pun sempat gak dulu) .. nak kata susah? tak kot.. rasanya lagi senang faham.. tambahan pula bila sambung pengajian ke IPTA @ IPTS, belajar dalam Bahasa Inggeris jugak..

So, kerajaan sebenarnya memudahkan pelajar untuk lebih menguasai Bahasa Inggeris dari peringkat awal.

Ok, dah penat membebel..

Kenapa Bahasa Inggeris penting?
  • Bahasa komunikasi antarabangsa
    • kalau pergi mana2 boleh hidup la org kata..
    • kan setiap negara ada dialek masing2.. so bahasa inggeris sbg bahasa perantara la.. karang sorang mengembek sorang mengaum susah jugak kan

  • Alam pekerjaan
    • senang nak kerja nanti.. kebanyakan company nakkan pekerja yg berkebolehan menguasai Bahasa Inggeris
    • kalau kerja dalam bidang bisnes, mesti nak try buat international business kan? haa... nk berkomunikasi macam mana kalau tak tau cakap omputeh?

  • Pengetahuan
    • semakin banyak yg kita belajar, semakin banyak yg kita tak tahu sebenarnya tau.
    • kita pergi mana2 tak semestinya semuanya tertulis dalam Bahasa Melayu.. ha.. dah kalau buta Inggeris, tak dapek den nak tolong tu do..
ACTUALLY, eka tak lah hebat mana cakap omputeh ni.. kecoh je lebih ni.. haha..

Thursday, December 8, 2011

Maksud Nama Atika

Ehem2.. disebabkan nama si penulis ni Nurul Atika... tangan gatal jap nak cari maksud nama sendiri..

Atikah, Atika – Virgin, pure, clear
(sumber dari http://namanama.wordpress.com/nama-arab/ )

Numerological Meaning (Atika)
People with this name tend to be very warm and nurturing. They are extremely reliable and are often found taking care of others. They have a deep need to try and create harmony in their surroundings. Unfortunately, this can sometimes lead to getting taken advantage of. They can have difficulties saying, "No." They can be quite successful as a Personal assistant, educator, or caterer to a small business.
(sumber dari http://www.birthvillage.com/Name/Atika )

Nurul : of course lah CAHAYA kan ..

Tuesday, December 6, 2011

Ombak Rindu~~~


weeeehuu... dah tengok ombak rindu?
tengok la.. for me, cite tu best.. cuma cepat sikit kot jalan ceritanya..
tak sempat nk feel sangat..
tapi ok la..
huhu.. couples out there,,, jom serbu wayanggggg~~

p/s: tgh dok diam dalam wayang tibe2 airmata mengalir. haha




Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?
Paling menarik apabila Maya Karin yang membawa watak Izzah seorang yang bertudung dan memerlukan beliau untuk mendalami ilmu agama serta adat budaya. Maya Karin mengatakan,
“Ini kali pertama saya bertudung untuk sesebuah watak. Jadi, saya mengambil inisiatif dengan belajar agama dengan seorang ustazah selama dua hingga tiga jam sehari. Kelas kami berlangsung selama empat hari seminggu. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya, saya dapat mendalami dan memantapkan lagi ilmu tentang agama dan budaya.
“Selain inisiatif memanggil ustazah, saya juga mendalami watak Izzah dengan mendengar muzik khas yang terdiri daripada lagu-lagu tradisional Terengganu, Kelantan, dan juga lagu wayang kulit semata-mata untuk mendapatkan ‘feel’. Malah, nak masuk kereta pun saya dah pakai tudung,” ujarnya yang manis bertudung ketika majlis sidang media filem ‘Ombak Rindu’ di Bukit Kiara baru-baru ini.
sumber :
http://limauais.com/filem-adaptasi-novel-ombak-rindu-maya-karin-dilacurkan-bapa-saudara/



Tuesday, November 29, 2011

BRAND’S® InnerShine® Prune Plus



Sekarang saya dan housemate2 sy yg cantik2 baru berjinak-jinak menggunakan produk ni. Rasa dia ok,, masam2 manis.. rasa buah prun. Nak tengok produk ni ok ke tak.. Kita orang perempuan.. lumrah la ada keinginan nak cantik kan? So kepada anda yang nak kulit sihat cantik, cubalah jugak produk ni.. Tak mahal pun.. Around RM 50 je.. Selamat mencuba..


Anda boleh klik link ni untuk terus ke website BRANDS ^_^


Ha... Maya Karin duta untuk produk ni... alaa.. yg iklan cantik tak bermekap tu.. =)

Monday, November 28, 2011

20 tahun yg lalu..

Hari Jumaat, tepat ketika azan zohor, bertempat di Hospital Besar Melaka... mak selamat melahirkan anak ketiganya, seorang bayi perempuan.. bayi tersebut pada mulanya hendak dinamakan Nur Syuhada.. sebab abg2 dia nama Syahid & Syahir.. so nk nama 'S' jugak la kononnya..

Tapi tiba2 mak tukar kepada Nurul Atika.. Mak kata, time tu ada satu sinetron Indonesia tajuknya 'Cubit-cubitan' kalau tak silap.. salah satu watak dalam cerita tu bernama Atika, mak tertarik dgn watak tu. Kata mak. watak tu bersifat lembut, baik hati.. Mak nak anak prmpuan mak tu jdi mcm watak dalam citer tu..

Sekarang... selepas 20 tahun... Atika yg sedang menulis ni jadi mcm yg diinginkan ke tak? hihi...tak tahu la.. sape yg kenal Eka, korang tahu sendiri la kan? hihi..

Terima kasih mak, jaga Eka selama ni.. Eka sayang mak sangat2. Abah pun. I love u!

Wednesday, November 23, 2011

Hello Mr. Blog!! My heart says, " I Miss You "

Assalamualaikum...
There's a box of stories i wanna share.. haihhh..
I CAN'T LIVE WITHOUT INTERNETTTT!!! GRRR~
Ok... stop acting like u know English well..

Hehe.. cakap melayu yer.. erm.. sekarang saya dah mula sem baru.. So dah ada title 'pelajar sem akhir diploma pengajian perniagaan' ..weeee.... time cuti la masa paling best.. dapat makan masakan emak tersayang,, dapat tengok tv sampai lebam,,dapat main ngan arnab n kucing sy yg comel n gemokkk... n macam2 lagi la..
Cuti tak pergi melancong mana2 pun, sy duduk rumah sahaja, practise masak.. (konon2 masterchef la.haha).

Kelas start 21 Nov.. Tapi sy balik Segamat 18 Nov.. sbb 19 Nov tu ada MUET. Alhamdulillah semuanya ok.. Mintak2 at least dapat band 4.. Aminn..
After MUET tu sy ikut housemate sy, Janna Husiela pergi JB, ada wedding. haha.. kasihan..tu la pertama kali pergi JB. Best jugak la..dapat kenal2 sedara dia.. Hihi.. suka bahan Kak Nurul Hiedayah yg sangat sempoi tu. Miss u kakak =) Sempatlah berangan dok atas pelamin jap..

Ohhh.. malam tadi masuk je 22 nov, yuhuu.. housemate saya Wany comel n kembar dia Wana kena tepek tepung ngan kitorang.. haha... Turut serta Qisol n Janna. haa.. amekkk...abes bertabur rumah kitorang bermandi tepung n kena siram air. lantai mmg dah kotor sgt dgn air n tepung + telur.. terjatuh tergolek terlentang.. habis lebam2..

pastu siang 22 nov. kitorang satu rumah buat sushi n spageti... ohmaiii.. sedap gilerr..!! then. maghrib.. tibe2 ada kek.. so suprised! kek utk si wana wani n saya.. weeee!!!

Ok.. dah penat.. terbersin2 nih.. tak berapa sihat.. bye2~ 

Sunday, October 9, 2011

Kahwin? Belum lagi kottt

Assalamualaikum..
Lately bila tgk kawan2 kahwin awal tu terdetik jugak kat hati ni nak kahwin..
Seronok tgk dorang happy dgn husband masing2... maklumla dah halal kan..

tapi lain pulak ceritanya bila ada orang yg mula menanya2 aku utk jadi wife dia..
amboihh... dup dap dup dapp..

Takut pulak rasanya..
bila fikir2 balik,, belum ready lagi kott..
masak pun terkapai2 lagi..
jaga budak kecik pon tak lepas lagi..
kemas umah pun bersepah lagi
ecececehh..

takpela.. aku nak fokus dulu study..
tunggu aku berjaya dulu,
kerja, rasa duit sendiri dulu bleh bagi mak ayah..
pastu baru fikir pasal kahwin.

buat mereka.. i'm sorry..

ok... bubyeeee~~

Monday, September 5, 2011

Petua kempiskan perut!

ha... raya ni masing2 makan tak hengat kan...
cube tengok perut masing2...
amboi2....
berape bulan tu bangg,, haha


Jom kita try beberapa petua untuk mengempiskan kembali perut yg ke depann tu..

Mengurangkan buncit - Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya. Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.



Mengempiskan Perut - Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.


->  Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.




-> Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut 
lebih kecil dan cantik.




-Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

Thursday, August 25, 2011

Mereka Saya Anggap Keluarga

Wany     Janna    Miah

3 orang yang paling rapat dgn aku sekarang. Almaklumlah, 1 rumah.
Aku sayang diorang. Masing2 ada perangai sendiri
yang buatkan hidup aku bertambah warna warninya

WANY
-peramah
-baikkk sangat
-suka tolong orang
-comel
-sweet sgt lah dia ni
-selalu jg hati org smpai kdg2 hati sendiri tak terjaga

JANNA
-cantik
-matang
-pandai jaga hati orang
-suka masak
-dia ada bnyk baju, shawl cantik2 yg leh dipinjam. hehehe

MIAH
-miah ni banyak cakap
-suka gelak2
-tibe2 jerit, haha tak paham tol
-suka kemas rumah
-cerewet sket

EKA (aku la tu)
-aku kuat makan tp x gemok2
-aku cepat nangis
-klu aku tak suka, aku ckp direct
-buat pape tak fikir dulu
-tapi aku suka ketawa

Monday, August 22, 2011

raya bagi aku

eh.. dah besar ni rasa tak semangat la nak raya..
sebab atok nenek  sume dah takde
nk gi  umah kgkawan transport takde
baju raya? takde pon lagi
jalan2 ngan parents tak beli ape pun
pada aku
cukup kot hanya pakai baju kurung yg aku pakai
hari2 pergi kelas
sandal yg sedikit terkoyak
tudung cukup sekadar menutup kepala..

nak kata tak mampu,, boleh je nk beli semua baru..
tapi.. tah..
aku suka biasa2 sahaja

sebab tu baru betul diri aku.
hihi..peace =)

Eh..nak kad raya..!!

Assalamualaikum..
rasanya tak salah kan kalau nk cakap pape yg berkaitan dgn raya?
sbb sekarang tgh musim raya... and... ni blog aku.. ikut suka aku la kan. haha

Entri kali ni aku nk berkata-kata pasal kad raya..
Korang dapat lagi tak kad raya zaman sekarang ni?
tak kan?
kalau ada pun jarang2.. betul tak aku cakap?
(klu betul, sila angguk) hehe

apa ada pada sekeping kad raya?
kalau nk dikutkan, harga kad raya murah je
lagi murah drpd nilai topup korg hari2 kann..
tapi cuba kita tgk value kad tu..

kita boleh simpan sampai bila2..
boleh buat kenangan..
and boleh tampal2 kat dinding sbg perhiasan
barulah raya kan
drpd gantung kad2 raya yg kosong tu
macam annoying jerr..


lagi satu.. klu bg ucapan raya melalui MMS
takat bila je MMS tu bertahan kan..
bila inbox dah full,
tak pun dah berlalu musin raya,
MMS  tu mesti kita delete kan... kan..kan..

So kesimpulannya.... hantarla kad raya kat saya.. hehe..
dan.. sape nk aku bg kad raya, meh2 bg aku alamat..


Saturday, August 20, 2011

keinginan - coklat



hehh.. taktahu la nape.. aku teringin sangat nak makan coklat.. macam mengidam pula..
kalau lah tiba2 ada 1 lori datang bawak coklat untuk aku... huhhhuuu!!

goyang goyang...

haha..comel kan?

Thursday, August 18, 2011

eh...suka la... comel.

http://puisitepijalan.blogspot.com/2008/12/tidak-relevan-sama-sesiapa-melainkan.html

blog kak Fynn Jamal.. suka je baca..

masa mematangkan kita

setiap detik masa berlalu...
setiap kali itu bumi semakin tua..
setiap kali itu kita semakin dewasa..
anak2 semakin membesar..
yang tua semakin dimamah usia..
menampakkan garis2 masa di wajah mereka..

yang merangkak sudah berjalan
yang berjalan sudah berlari
yang pelat sudah bijak melontarkan kata..

- - - - - - - - -

aku suka tgk orang
perhatikan setiap gerak geri mereka di sekeliling
kadang aku tersenyum
kadang aku meluat
di mata aku
semua itu suatu pengajaran
dalam mematangkan hidup aku

Eh.. aku heran la
dalam dunia ni pada aku
ada dua jenis
yang baik dgn yg jahat
tapi ada jugak yg baik tp sebenarnya jahat
yg jahat tp sebenarnya baik





Saturday, August 13, 2011

antara luka di hati dan luka yg nyata

Luka Yang Nyata
Semua orang boleh nampak, boleh rasa,
Letak ubat berkali2,
dah boleh sembuh..

Luka Di Hati
tak siapa tahu
tak nampak pun
kadang kita boleh sembunyikan
tapi kadang tak boleh gak nak sembunyikan
luka yang ni letak ubat macam mana pun takkan sembuh..
kalau sembuh pun bukan 100%..
rasanya ramai kot yang setuju..

Sangat payah kalau kita berada di pihak
yang melukakan..
lagi payah kalau kita di pihak yang terluka
pihak yg melukakan perlu berusaha subngguh2 utk dapatkan kembali kepercayaan
pihak yg terluka plak fikir bnyk kali untuk melupakan apa yg telah terjadi
dan cuba buka hati untuk memaafkan..
complicated kan..

erti kasih sayang...


Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan datang lagi..

Alhamdulillah.. bertemu kembali dgn bulan Ramadhan..
Semoga Ramadhan kali ni membawa seribu keberkatan dan kemuliaan..
Insyaalah..
Eh2.. kuih raya dah keluar? awalnya...
Baju raya? haha..  tempahan dah tak diterima lagi dah..
ingat puasa dulu taw... jgn ingat raya jer...

Friday, July 29, 2011

Si dia bernama Jana Husiela

Siapa Jana Husiela?
Dia housemate saya..cantik tau.. =)
Tapi hari ni dia pindah keluar dari rumah..
Dia dapat kolej..
Erm.. to Jana yg pandai masak,,
Kalau rindu, stay lah rumah lagi yer..

We will miss you...

sedih

haha.. kenape erk? takde pape pun.. cuma dalam hati ni tetiba rasa sedih..
mungkin persekitaran.. mungkin jugak keadaan..
takpelah.. Eka, bangkit..
banyak lagi benda yg boleh buat untuk ceriakan kamu..
heyy.. senyumlah..
tak boleh senyum?
hmm..

Friday, July 15, 2011

Lembah Azwen Resort, Hulu Langat. Trip CCT 17-19 July 2011

Ahad ni sy nak pergi trip untuk subject Creative and Critical Thinking kat Lembah Azwen Resort, Hulu Langat, Selangor. Macam2 aktiviti sudah diatur.. cuma mengharapkan semuanya berjalan lancar.. tapi kann.. sekarang dah start cuti mid sem.. waaarghh... sedihnya tgk org lain balik kampung... wuuuu...

Wednesday, April 20, 2011

SEjukkkkkk.......grrrrr~~



Harini giler la... first day exam... pastu.. haa... amek kau... hujan lebat... dah la duduk dalam bilik air-cond.. berganda-ganda la sejuknyer... tambah pulak eka pakai baju kurung harini.. baju kurung kan nipis... macam orang takde darah dah tadi.. huhuhu.. pucat bebeno....
bila dah sejuk, duduk pun tak tentu arah... peluk tubuh gini, peluk tubuh gitu, silang kaki la, tiup tangan la... mcm2 cara nk hilangkn sejuk.. jawab exam pun dah jadi tak betul...
hurm... harap2 apa yg eka jawab tadi betul.. amin... erm... next paper 24 April, pagi subjek Business Law, 4 credit hour. haha.. petang lak Business IT, 3 credit hour.. gasak kaulah eka... 

SILA RAJINKAN DIRI OK??

Tuesday, April 19, 2011

Final Exam Sem 4

uhuk3... pejam celik pejam celik,, dah final dah?
haaa...eka... are u ready??
haa?? belum? ishh... nk kena push ni...
dah lambat dah ni... tak boleh main2 lagi la...
bangunnnnnnnn....... malas je kau kannnn...
"study smart la...mana bleh study hard" (menjawab)
hehehe... pening je kepala layan karenah eka kann...


"GOOD LUCK EKA"
hihi... wish untuk diri sendiri..

Cantiknya wanita

 Entri kali ni, eka amek dari 1 website... actually bnyk kali dah tgk article ni.. n eka sgt tertarik.. wanita... di mana cantiknya? paras wajahnya? tubuh badannya? lirikan matanya? gemersik suaranya?
banyak sungguh kan,, tapi..kita semua tahu yang semua tu takkan kekal lama... tapi..

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."
# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."

cubalah... amalkan... insyaallah.. apa yg kita lakukan akn mendatangkan kebaikan dan rahmat kepada kita.. =)

Renung Sejenak

Untukmu Adam :
Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam bab agama agar bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan. Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa. Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara dirinya untuk Hawa tercinta, iaitu, isteri. Jadilah juga Adam yang bertanggungjawab menjadi ketua keluarga, imam dalam solat jemaah dan pemimpin agama seperti yang diimpi oleh kebanyakan Hawa.

Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak mulia dan baik hati. Jadilah Hawa yang malu dan menjaga aurat serta maruah diri dari sewenang-wenangnya ditonton oleh ajnabi. Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk suami tercinta. Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri solehah serta hambaNya yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidami oleh kaum Adam.

Adam dan Hawa

Adam..
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa..
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.


Adam..
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa..
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Ambillah kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam..
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda sanubari Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berbicara membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu menjadikan Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa..
Sikap tak endahmu menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil peluang untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dengan dunia cinta palsu.

Adam..
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa..
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam..
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus terus berjuang menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.

Adam..
Di mana imanmu saat matamu melihat Hawa berpakaian tidak cukup kain?
Di mana kau letakkan Allah saat hawa nafsu menjadi Tuhanmu?
Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani dalam perjuangan,
Agar Hawa takut untuk menggoda dan mendekatimu.

Begitu juga Hawa..
Di mana malumu saat kau menayangkan perhiasanmu kepada ajnabi?
Di mana taqwamu saat syaitan menempiaskan bisikannya untuk menggoda Adam?
Adam menyeru agar kau pelihara maruahmu supaya tidak dicemari,
Agar kawalan nafsu sentiasa  berada dalam pegangan iman Adam.

Hawa..
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam datang menyuntingmu.

Hawa..
Memang Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun, itu bukanlah yang Adam impikan,
Adam mengimpikan Hawa yang kuat pegangan agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan berpakaian dan memelihara pandangan.

Friday, April 8, 2011

Test kata pergi... Exam kata mariiii

fuhhhh.... tepat kol 10.10 malam 8 April 2011, berakhir sudah segala test... lega rasanya... tadi eka amek test subjek FIN262 ..Finance.. hohoh... bab kira2 ok dah ..(kot).. tibe tang teori..alamakk.. tak baca plak.. takpela.. rasanya ok sikit kot test kali ni klu nk compare dgn test 1 haritu.. huhu...

lepas ni nak ngadap exam pulak..huhh.. kene study lagi... saya akan jadi miss panda sejati.. haha.. mana taknyerr... plan nak study kol 9.. bila da kol 9.. nanti kejap la... movie dulu... pastu dah kol 11.. online kejap lah... haa...penyudahnya...study awal pagi...

huarghh...~~ngantok lak..asal cakap pasal pelajarann je mesti ngantuk.. haii...apela nak jadi..
Eka... wake up!!
kau kata nak jadi org yg berjaya...ada nama. orang pandang..
kalau kau malas mcm ni...kau ingat dapat??
memang takk laaa...

La Secreto De Garden~

hoho... sekarang ni kecoh pasal pesen tudung dak hana tajima tuh.. aku bukan la tanak up to date... tapiii...malas bebeno... teringin..tapi tak reti..huhuk
pagi tadi time aku dok sorang2 tengah study.. aku nye order sampai... ape dia? bunga la..."la secreto de garden"..
mulanya nak bagi mak.. tapi... takut layu.. n... org yang paling aku sayang kat uitm ni adalah si comel SYAZWANI RAZAK...
so...saya bagi dia... kat dalam jambak tu ada 4 bunga ros hidup, 2 teddy bear kecik ngan 1 coklat cadbury.. lalala...
wanny...kalau kau baca blog ni...aku nk kau tahu yang aku sayang kau sangat2...

haa...ape yg aku nk cuba sampaikan kali ni...





erkk hmm..haaa.. tadi aku amek2 gambar... nak nunjuk bunge je sebenarnya... tapi sbb nk publish kat blog.. so...biarla menutup aurat... so aku amek le selendang,,aku belit2 kat kepala ni ha... belit punya belit..hahh...amek ko.. terbelit sudah.. hohoh..

Thursday, April 7, 2011

Pocong? eh...ni Eka la... (takde keje)

ha...ni lagi satu eka nak cerita.. alkisahnya satu malam ni...sumpah eka takde keje..tetibe datang idea gila... time tu baru lepas sembahyang... tah pape tah... Eka pakai bedak abes tebal... pastu mintak tlg kawan buat shape.. (macam pocong) haaa...amek kau!! menjerit budak2 ni eka wat,.. menyakat orang... pastu... haaaa...padan muke... "benda" tu lak yang datang kacau.... huhuhu....









Eka Ketot = Miss Panda (^_^)

"..apasal gedik sangat kau harini eka?"
"eh...mana ada aku gedik...lagipun ni blog aku... suke ati aku laa.."
"eh2...menjawab...kau taktau aku baran.."
"kau pk baran kau je,,baran aku kau tak pk."
"eh budak ni...aku tumbokk kang!"
"tumbuk arrr...kau pk aku tak takot?"

STOP!
Hahaha..tengok...tengokkk....
Beginila jadinya bila eka bosan... gila.. cakap sorang2~  -_-"

Lalala... tadi eka ngadap cermin.. Eka belek2 muka...
Erm...yang Eka nampak adalah -> Miss Panda
Sejujurnya Eka tak reti pakai make-up.. 
Kawan2 pun dah biasa tengok Eka dengan muka pucat ni...



Eka just jaga kulit muka... pakai cream "Olay White Radiance" untuk jaga dari sunburn, pakai pencuci muka "Nivea Sparkling White" bila bangun tido n masa nak tido, pastu kalau nk kuar just pakai bedak "Silkygirl" n lipbalm "Maybeline"

Kadang2 tu terasa jugak nak lawa2.. tapi....
kalau nak pakai eyeliner pun tak gheti...hahaha..kesian kann..
Umur dah masuk 20..tapi apa pun tak boleh..
Takpela... mak pun dah cakap..
"takpe ka...kau tak payah nak pakai mekap2 ni sume..biar nampak yang asli... nanti kau kawen baru pakai mekap...time tu...hahh...mesti kau cantik sbb kau tak pernah pakai.."

Hihi...btol jgk cakap mak..so..ape ade hal..
Lagipun... semua ni hanya pinjaman Allah.. tak kekal lama pun..
papepun.. Eka bersyukur dengan apa yang Eka ada sekarang.
Alhamdulillah.. =)

p/s: panda comel ape... manje... geramm je tengok..hik2~