Nurul Atika Moktar

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, October 20, 2015

Ceritera sepanjang sepi

Ehermm.. Assalamualaikum.. Lamanya rasa tak jenguk blog ni. Berhabuk level 3 inch dah ni!

Setahun sudah... Habis dah praktikal, habis dah degree kat UiTM di hatiku. Dah selamat bertunang dan alhamdulillah, dah sebulan dah pun jadi isteri orang.

Dalam masa setahun je, cepat kan? Allah kata jadi, maka jadilah ia.


Meh nak kongsi gambar kahwin sikit














Wednesday, May 21, 2014

MISTINE EGG WHITE PEEL OFF MASK MURAH #SAYAJUAL (^_^)



Ready stock

Sebotol = RM19

3 botol = RM50

*Lagi banyak lagi MURAH

Instagram : atikamoktar



Siapa yg masih mencari mask yg paling sesuai utk muka, sy sarankan guna mistine egg white mask ni. Wangi pun wangi.. Dapat rasa sendiri kulit kite lembut lepas pakai..


Jom cantik sama-sama!! (^_^)

"MISTINE EGG WHITE PEEL OFF MASK"


Rajin pakai, lagi CANTIK lah kulit muka 



Suka sangat bila dapat feedback macam ni (^_^)

Terima kasih bagi FEEDBACK. Happy sangat. Tengok!! Jeles tak kawan kita ni dah dapat kulit licin?? Tarik WHITEHEADS je, bukan bulu roma di muka sekali, TAK SAKIT pun 

Mask yg dah kering. Tengok.. Whiteheads pun tanggal sekali

Mask muka putih telur yg wangi & tak hanyir! Sapu je kat muka..tunggu sampai kering, lepas tu tarik. Haaaa gebu kulit lepas tu. Jom beli. Jaga kulit muka awal2 untuk hari raya nanti (^_^) 

CARA PEMAKAIAN MASK:
1. Cuci/ basuh muka dan lap sehingga kering
2. Sapu mask pada seluruh muka secukupnya kecuali bibir & mata
3. Tunggu 15-20 minit sehingga benar-benar kering (kulit muka akan berkilat dan menegang)
4. Tarik mask perlahan-lahan dari bawah ke atas
5. Rasa sendiri kulit muka yang lembut, halus dan bersih!!

**Guna 2-3 kali seminggu untuk hasil optimum (nak pakai hari2 pun boleh (^_^) 
**Untuk rasa segar, letak mask anda dalam peti sejuk 10minit sebelum digunakan!
SELAMAT MENCUBA (^_^)


KANDUNGAN MASK:
1. Albumen (putih telur)
2. Hydrolyzed elastin
3. Collagen


PM / SMS / Whatsapp 0173431743 laju2 :)
Instagram : atikamoktar
Facebook : www.facebook.com/ekaketot


Tuesday, April 8, 2014

Maine Coon Cat : Kucing Besar Gebu Sedap Peluk

hoiii besarnya kucing niiii..

nak seekor boleh?

amboi..sedapnya mintak. mahal niii...

Ingatkan kucing Parsi dah cukup best.. rupanya Maine Coon laaaaagi best.  

meh.. tengok ni sikit..




 Bulu dia panjang.. lebat..


Besar....cantik.. Sedap kalau dapat peluk ni.. ermmmm

Nak tahu lebih info.. meh klik kat sini dan sini

Fuhhhh~ Tiup habuk

Assalamualaikum.. hai penstalker setia..

Lamanya tak update!!
Seinchi dah habuk kat blog ni..

Miss me? Haha takde sape miss pon.. tahu dah..

Haa.. Eka sekarang tgh dalam sem akhir degree. Tengah dalam praktikal 5 bulan. Ni dah 2 bulan... yeayy lagi 3 bulan. Nak settle cepat dengan thesis & praktikal ni. Cepatlah..Cepatlah..

Oh ya. Eka praktikal kat Gemencheh Granite Sdn. Bhd. (GGSB)
GGSB ni company kuari.. jual batu, tar..


Ok la kat sini. Dalam masa 2 bulan ni je..macam2 berlaku taw.. pheww...

Okay lah..  bebel2 lagi later.. ;)

Wednesday, November 27, 2013

Laman Bangkinang, Batu Kikir, Negeri Sembilan (OPKIM Marketeers UiTM Segamat 24 &25 November 2013)

Hai korang. baru-baru ni Eka join kelab Marketeers UiTM Segamat untuk program OPKIM kat Laman Bangkinang, Batu Kikir, Negeri Sembilan. Kawasan tu kawasan kampung, memang jauh dari kesesakan bandar. Kami seramai 69 orang pergi selama 2 hari 1 malam. Tak banyak sangat aktiviti disebabkan masa yang terhad. So, kat bawah ni antara gambar sepanjang kami berada di sana. 


Eka n kawan-kawan senior yg terlibat :)

Konon2 poster


Kami 10 beradik bersama ibu & ayah angkat


Acara mengacau dodol

Peluk ibu. hehe ibu buat lawak masa ni

Ibu angkat, Puan Norasiah Maamor


Masing2 first time naik Hilux
Kami dibawa ke Jeram Tengkek di mana terletaknya air terjun. Huhu..seronok masing2 dapat pengalaman naik Hilux. Perjalanan ke Jeram Tengkek mengambil masa lebih kurang 5- 10 minit di mana kami menempuh kawasan penempatan orang asli, dusun durian..

Hutan Lipur Jeram Tengkek, Kuala Pilah

Kutip sampah..

Puan Norasiah dan puteri-puterinya

Masa malam kebudayaan kami dibahagikan kepada 7 kumpulan di mana setiap kumpulan perlu menari tarian endang. Yang lagu ding ding marinding kot bunyinya.. bayangkan hanya selama beberapa jam kami diberi masa untuk berlatih. Masing2 cuba melakukan yg terbaik. yeayyy kumpulan Eka monang dapat no satu yaww.. hihi

Ada malam kebudayaan. Kena menari tarian endang.

Ha.. masa acara sukaneka, antara sukan yg disediakn adalah acara tarik upih, baling belon air, isi air dalam botol, lerek rim basikal, lari jalan terbalik menggunakan buluh, ambil gula dalam tepung, boling padang.

Pertandingan tarik upih
Acara ni terbuka kepada lelaki sahaja di mana setiap kumpulan menghantar wakil untuk duduk di atas batang kelapa yg dilentangkan atas kolam. mereka perlu memukul lawan menggunakan guni yg sy pun tak tahu apa isinya yg direndam dalam air. kiranya guni tu berat tau.

Pertandingan pukul bantal. Siapa kalah masuk kolam. yg ni juara yg belah kanan

Kalau ada masa in sya Allah kami datang lagi :)
shiera - eka - nadya

Friday, June 28, 2013

Resepi Crepe Durian




CREPE DURIAN
SUMBER DARI PUAN Eyna Haneyna
RESEPI KULIT
50 GM TEPUNG GANDUM
1 SDB TEPUNG UBI
1 BIJI TELUR
2 SUDU BESAR GULA HALUS
3 SDT BUTTER DICAIRKAN-
160 ML AIR
40 ML SUSU CAIR
1 SDK ESEN VANILA
BOLEH LETAK PEWARNA@ PERISA BUAH2AN YANG ANDA SUKA(OPTIONAL)

CARA2..
-SATUKAN TEPUNG DAN AYAK GULA HALUS
-MASUKKAN SUSU CAIR..
-MASUKKAN TELUR YANG DIKACAU SEDIKIT..
-MASUKKAN SERBUK VANILA@PERISA
-MASUKKAN AIR..KACAU SEBATI GUNA WHISK..
-MASUKKAN BUTTER YANG DICAIRKAN..
-TAPISKAN ADUNAN..SEDIA UNTUK DI MASAK..

CARA MEMASAK..
-GUNAKAN KUALI NON STICK PAN
-@KUALI LEPER YG DISAPU SEDIKIT MINYAK
-TUANG SESENDUK KECIL ADUNAN DALAM KUALI 
-JANGAN TEBAL @NIPIS SANGAT..
-BIARKAN MASAK SEKETIKA..BILA SUDAH MASAK TERUS ANGKAT ..TAK PERLU DITERBALIKKAN..
-MAKSUDNYA MASAK SEBELAH BAHAGIAN SAHAJA..

INTINYA..
-ISI DURIAN YANG DI BUANG BIJINYA
-150ML FRESH CREAM (DIPUKUL KAKU)

CARA2 MEMBUATNYA..
-LETAK KEPINGAN KULIT TADI..YANG LICIN BELAH BAWAH
-LETAK SESUDU FC..LETAK ISI DURIAN..LETAK FC LAGI DI ATASNYA..
-KALAU BESAR KULITNYA BANYAK LAH LETAK INTINYA
-LIPAT KULIT SEPERTI LIPAT POPIA..
-SIMPAN DLM PETI SEJUK..BEBERAPA JAM SEBELUM DIMAKAN..
 -BOLEH JUGA JIKA SUKA DGN PASTRY CREAM..SEBAGAI INTINYA..

Coretan kisah semester 4 life degree aku

Kereta kena hentam dari belakang

Ini kereta yg menghentam

Selalu lepak kat kedai si yuhanis ni

weehu.. classmates yg best

Aku yg baru dijandakan. haha. single dah sem ni. 

Last class with the girls

with Acap n Shiera - family day marketers

Hee peace yaw..

Macam raya kan? padahal kat klinik ni

Dinner Marketeeres. eka-nadya-shiera-acap

Mcm penyambut tetamu tak? laki tu Toc.. hero kelas lain

Bercool blog dgn classmate

Kenangan kat Kuantan. 
Lagi sekali kena hentam