Nurul Atika Moktar

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, December 15, 2011

Bahasa Inggeris itu penting

Sekarang ni siapa je yg tak pandai cakap dalam English (omputeh bak kata mak2 kita) ..
Kadang tu budak2 yg kecik lagi, comel2 umur sebelum tadika.. haa.. berhabuk cakap omputeh..
Comel memang comel..tapi kita tahu tak sebenarnya Bahasa Inggeris tu penting?

Kalau kita lihat kat sekolah sekarang murid2 belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. (sy pun sempat gak dulu) .. nak kata susah? tak kot.. rasanya lagi senang faham.. tambahan pula bila sambung pengajian ke IPTA @ IPTS, belajar dalam Bahasa Inggeris jugak..

So, kerajaan sebenarnya memudahkan pelajar untuk lebih menguasai Bahasa Inggeris dari peringkat awal.

Ok, dah penat membebel..

Kenapa Bahasa Inggeris penting?
  • Bahasa komunikasi antarabangsa
    • kalau pergi mana2 boleh hidup la org kata..
    • kan setiap negara ada dialek masing2.. so bahasa inggeris sbg bahasa perantara la.. karang sorang mengembek sorang mengaum susah jugak kan

  • Alam pekerjaan
    • senang nak kerja nanti.. kebanyakan company nakkan pekerja yg berkebolehan menguasai Bahasa Inggeris
    • kalau kerja dalam bidang bisnes, mesti nak try buat international business kan? haa... nk berkomunikasi macam mana kalau tak tau cakap omputeh?

  • Pengetahuan
    • semakin banyak yg kita belajar, semakin banyak yg kita tak tahu sebenarnya tau.
    • kita pergi mana2 tak semestinya semuanya tertulis dalam Bahasa Melayu.. ha.. dah kalau buta Inggeris, tak dapek den nak tolong tu do..
ACTUALLY, eka tak lah hebat mana cakap omputeh ni.. kecoh je lebih ni.. haha..

Thursday, December 8, 2011

Maksud Nama Atika

Ehem2.. disebabkan nama si penulis ni Nurul Atika... tangan gatal jap nak cari maksud nama sendiri..

Atikah, Atika – Virgin, pure, clear
(sumber dari http://namanama.wordpress.com/nama-arab/ )

Numerological Meaning (Atika)
People with this name tend to be very warm and nurturing. They are extremely reliable and are often found taking care of others. They have a deep need to try and create harmony in their surroundings. Unfortunately, this can sometimes lead to getting taken advantage of. They can have difficulties saying, "No." They can be quite successful as a Personal assistant, educator, or caterer to a small business.
(sumber dari http://www.birthvillage.com/Name/Atika )

Nurul : of course lah CAHAYA kan ..

Tuesday, December 6, 2011

Ombak Rindu~~~


weeeehuu... dah tengok ombak rindu?
tengok la.. for me, cite tu best.. cuma cepat sikit kot jalan ceritanya..
tak sempat nk feel sangat..
tapi ok la..
huhu.. couples out there,,, jom serbu wayanggggg~~

p/s: tgh dok diam dalam wayang tibe2 airmata mengalir. haha




Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?
Paling menarik apabila Maya Karin yang membawa watak Izzah seorang yang bertudung dan memerlukan beliau untuk mendalami ilmu agama serta adat budaya. Maya Karin mengatakan,
“Ini kali pertama saya bertudung untuk sesebuah watak. Jadi, saya mengambil inisiatif dengan belajar agama dengan seorang ustazah selama dua hingga tiga jam sehari. Kelas kami berlangsung selama empat hari seminggu. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya, saya dapat mendalami dan memantapkan lagi ilmu tentang agama dan budaya.
“Selain inisiatif memanggil ustazah, saya juga mendalami watak Izzah dengan mendengar muzik khas yang terdiri daripada lagu-lagu tradisional Terengganu, Kelantan, dan juga lagu wayang kulit semata-mata untuk mendapatkan ‘feel’. Malah, nak masuk kereta pun saya dah pakai tudung,” ujarnya yang manis bertudung ketika majlis sidang media filem ‘Ombak Rindu’ di Bukit Kiara baru-baru ini.
sumber :
http://limauais.com/filem-adaptasi-novel-ombak-rindu-maya-karin-dilacurkan-bapa-saudara/



Tuesday, November 29, 2011

BRAND’S® InnerShine® Prune Plus



Sekarang saya dan housemate2 sy yg cantik2 baru berjinak-jinak menggunakan produk ni. Rasa dia ok,, masam2 manis.. rasa buah prun. Nak tengok produk ni ok ke tak.. Kita orang perempuan.. lumrah la ada keinginan nak cantik kan? So kepada anda yang nak kulit sihat cantik, cubalah jugak produk ni.. Tak mahal pun.. Around RM 50 je.. Selamat mencuba..


Anda boleh klik link ni untuk terus ke website BRANDS ^_^


Ha... Maya Karin duta untuk produk ni... alaa.. yg iklan cantik tak bermekap tu.. =)

Monday, November 28, 2011

20 tahun yg lalu..

Hari Jumaat, tepat ketika azan zohor, bertempat di Hospital Besar Melaka... mak selamat melahirkan anak ketiganya, seorang bayi perempuan.. bayi tersebut pada mulanya hendak dinamakan Nur Syuhada.. sebab abg2 dia nama Syahid & Syahir.. so nk nama 'S' jugak la kononnya..

Tapi tiba2 mak tukar kepada Nurul Atika.. Mak kata, time tu ada satu sinetron Indonesia tajuknya 'Cubit-cubitan' kalau tak silap.. salah satu watak dalam cerita tu bernama Atika, mak tertarik dgn watak tu. Kata mak. watak tu bersifat lembut, baik hati.. Mak nak anak prmpuan mak tu jdi mcm watak dalam citer tu..

Sekarang... selepas 20 tahun... Atika yg sedang menulis ni jadi mcm yg diinginkan ke tak? hihi...tak tahu la.. sape yg kenal Eka, korang tahu sendiri la kan? hihi..

Terima kasih mak, jaga Eka selama ni.. Eka sayang mak sangat2. Abah pun. I love u!

Wednesday, November 23, 2011

Hello Mr. Blog!! My heart says, " I Miss You "

Assalamualaikum...
There's a box of stories i wanna share.. haihhh..
I CAN'T LIVE WITHOUT INTERNETTTT!!! GRRR~
Ok... stop acting like u know English well..

Hehe.. cakap melayu yer.. erm.. sekarang saya dah mula sem baru.. So dah ada title 'pelajar sem akhir diploma pengajian perniagaan' ..weeee.... time cuti la masa paling best.. dapat makan masakan emak tersayang,, dapat tengok tv sampai lebam,,dapat main ngan arnab n kucing sy yg comel n gemokkk... n macam2 lagi la..
Cuti tak pergi melancong mana2 pun, sy duduk rumah sahaja, practise masak.. (konon2 masterchef la.haha).

Kelas start 21 Nov.. Tapi sy balik Segamat 18 Nov.. sbb 19 Nov tu ada MUET. Alhamdulillah semuanya ok.. Mintak2 at least dapat band 4.. Aminn..
After MUET tu sy ikut housemate sy, Janna Husiela pergi JB, ada wedding. haha.. kasihan..tu la pertama kali pergi JB. Best jugak la..dapat kenal2 sedara dia.. Hihi.. suka bahan Kak Nurul Hiedayah yg sangat sempoi tu. Miss u kakak =) Sempatlah berangan dok atas pelamin jap..

Ohhh.. malam tadi masuk je 22 nov, yuhuu.. housemate saya Wany comel n kembar dia Wana kena tepek tepung ngan kitorang.. haha... Turut serta Qisol n Janna. haa.. amekkk...abes bertabur rumah kitorang bermandi tepung n kena siram air. lantai mmg dah kotor sgt dgn air n tepung + telur.. terjatuh tergolek terlentang.. habis lebam2..

pastu siang 22 nov. kitorang satu rumah buat sushi n spageti... ohmaiii.. sedap gilerr..!! then. maghrib.. tibe2 ada kek.. so suprised! kek utk si wana wani n saya.. weeee!!!

Ok.. dah penat.. terbersin2 nih.. tak berapa sihat.. bye2~ 

Sunday, October 9, 2011

Kahwin? Belum lagi kottt

Assalamualaikum..
Lately bila tgk kawan2 kahwin awal tu terdetik jugak kat hati ni nak kahwin..
Seronok tgk dorang happy dgn husband masing2... maklumla dah halal kan..

tapi lain pulak ceritanya bila ada orang yg mula menanya2 aku utk jadi wife dia..
amboihh... dup dap dup dapp..

Takut pulak rasanya..
bila fikir2 balik,, belum ready lagi kott..
masak pun terkapai2 lagi..
jaga budak kecik pon tak lepas lagi..
kemas umah pun bersepah lagi
ecececehh..

takpela.. aku nak fokus dulu study..
tunggu aku berjaya dulu,
kerja, rasa duit sendiri dulu bleh bagi mak ayah..
pastu baru fikir pasal kahwin.

buat mereka.. i'm sorry..

ok... bubyeeee~~