Nurul Atika Moktar

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, December 31, 2011

Facebook Saya Kena Hack!!


Ok.. perkara ni berlaku 26 Disember 2011 hari Isnin.. Macam mana kena hack pun tak tahu la.. sebab rasanya online guna laptop sendiri je.. n telefon sendiri..
Ceritanya macam ni.. aku try bukak FB tiba2 takleh login tau.. FB kata password aku salah.. banyak kali buat still jadi benda sama.. 3 hari tak boleh  tau..
Pastu, try hack balik.. dapat.. terus tukar password FB aku.. haaa..amek.. segala macam setting dia gi tukar.. pastu http yg kat belah atas tu sebelum ni aku punya www.facebook.com/ekaketot  Tapi sekarang dia dah tukar jadi

"princess jelita ika ketot" kau tukar nama aku yer hacker.. ish3.. GEDIK okay nama tu.. dah lah aku takleh nak tukar balik.. ishh.. siapa lah kau kan..

Teringin gak nak tahu sape hacker tu.. Eh.. korang.. be careful tau. Jangan dedahkan e-mail korang. lagi senang orang nak trace password nanti..


Friday, December 30, 2011

2011 Bakal Melabuhkan Tirainya

Sedar tak sedar kita hanya selangkah je lagi nak menjejak ke tahun 2012.. Alhamdulillah.. syukur dipanjat ke hadrat Ilahi kita masih diberi kesempatan untuk hidup di dunia ni..

Macam biasa lah.. kalau dah end of the year, kita akan rangkumkan keseluruhan cerita kita sepanjang tahun.. Memang... macam2 berlaku.. ada pahit, ada manis..ada masam.. ada masin... (dah macam masakan plak)

Antara yang lekat kat ingatan aku:

  • Mula berdikari : start duduk rumah sewa.. buat semua kerja rumah n bayar bil2 sendiri..
  • Nureen Syifa : anak buah aku dah semakin bijak n comel.. satu2nya buah hati aku

  • Vacation : tahun ni aku banyak berjalan.. Teluk Cempedak, Pahang, Melaka, Seremban, Kluang, Johor Bharu, Selangor.. mana lagi ek? tak ingat

  • Sambutan hari lahir yg bermakna : aku dapat hadiah2 yg istimewa ^_^

  • Aku nak dipinang : hoho.. kalau terima, jadi isteri org dah aku sekarang.

  • Skill masak : eh, dah makin pandai lah.. tahun 2011 ni aku cuba masak benda2 baru.. seronok!

  • Hasil kebun menjadi-jadi : banyak gila buah2an kali ni. tak menang tangan nak petik

  • Banjir : kelam kabut bersedia nak hadapi banjir yg cuma khabar angin. haha

  • Otot kaki semakin kuat : haha memang tahun ni aku paling banyak jalan kaki.. mula2 sakit kai tp lama2 dah biasa.. yeahhh.. aku hebat. haha

  • Tekanan : ohhh stess.. banyak dugaan yg menimpa, tapi alhamdulillah aku dapat harungi dengan mereka2 yg saya sayang ada di sisi.. love u wani, jana..

  • Kenal kawan2 baru : Pergi Pahang, pergi JB... tambah la lagi kawan kan..

Memang tahun 2011 ni bagi aku banyak makna.. aku belajar apa tu sabar, tabah, redha.. Aku belajar erti kehidupan.. Alhamdulillah.. berkat kesabaran,, Allah beri aku kebahagiaan.. Aku belajar untuk berfikir dgn lebih matang.. Fizikalnya aku masih seperti budak.. Aku boleh gelak2, huha2.. tapi aku pandang sesuatu dari pelbagai sudut.. Kalau ikutkan hati banyak benda aku nak lakukan.. Sesuatu yg belum terbalas.. Tapi,, tak guna kalau aku teruskan.. Aku maafkan mereka.. Cukup untuk aku bgtahu,, AKU BAHAGIA..

So.. Selamat tinggal 2011... Selamat datang 2012!!

Friday, December 23, 2011

Kenapa Saya Tak Kisah?

Tak apa kalau saya tak ada kawan di sisi setiap masa
Tak apa kalau orang tak kenal saya
Tak apa kalau saya tak ada ramai kawan
Tak apa kalau orang nak kata saya budak kampung yang selekeh
Tak apa kalau orang nak buat saya marah
Tak apa kalau orang perlekehkan idea saya
Tak apa kalau orang mengutuk saya
Tak apa kalau orang nak saya jatuh


Saya boleh berdikari kalau sorang2.. pandai2 bawa diri
Saya boleh bergerak ke mana2 dgn bebas, tanpa diperhatikan
Saya lebih suka ada sahabat drpd kawan ramai yg hanya ada ketika senang
Saya suka jadi diri sendiri drpd berpura-pura hanya untuk diterima
Saya akan jadi lebih matang dgn membiarkan perangai keanakan mereka
Saya nak tengok boleh tak mereka lontarkan idea yg lebih bernas
Saya boleh tahu apa kekurangan saya n cuba perbaiki diri saya
Saya boleh motivasikan diri untuk terus bangun


Di sebalik semua TAK APA ni, aku masih bahagia, tersenyum tiap masa dengan kehadiran insan2 yg sangat aku cinta, sayang dan kasih.


Mak, Abah, Along, Angah. Kak Syuhada..dan Nureen Syifa.. Mereka kekuatan aku.. Kami bukan keluarga yang kaya dengan harta. tapi kami kaya dgn kasih sayang..





Wani .. gadis comel yg aku kenal bulan 1 tahun 2010.. kalau aku ada masalah, dia lah orang terdekat yg boleh aku ngadu.. even dia tengah buat something, dia akn stop n dahulukan org lain.. wani.. kau sahabat yg sangat baik.. aku ikhlas sayang kau sangat2.. ( menitis air mata dgn tiba2 ) =')


Jana.. aku suka nama dia Nur Janna Husiella.. Sedap kan? Dia housemate n classmate.. Seorang sahabat yg punya hati yg suci.. Kawan rapat dia Sarah  dgn Uwais.. Aku mudah sayang dia sbb aku nampak mcm mana dia sayangkan kawan2 dia..

Blog Aku Buruk Sangat

HAha.. SEDIH gila tajuk..
Malas lah aku nak buat blog cantik2.. daripada serabut biar aku buat kosong jek..
Tapi bila singgah kat blog orang lain plak..
"Eh eh.. cantiknya dia buatttt"

Jadi interested plak nak baca bila blog tu cantik..
haihhh mam mane niaku bukan reti semua ni..

Oi.. Oii.. jangan kutuk blog aku.. ishh..

Ok2.. nanti aku tukar.. bagi aku belajar dulu ilmu belog ni. haha. ok.. syhhh.. dah boleh tutup mulut.

Wednesday, December 21, 2011

Kalimah Cinta Seluruh Dunia

Bahasa Afrika - Ek het jou lief
Bahasa Albania - Te dua
Bahasa Arab - Ana uhibbuka (kepada lelaki), Ana uhibbuki (kepada perempuan)
Bahasa Armenia - Yes kez sirumem
Bahasa Bajau - lasekku mennu atau domanku mennu
Bahasa Bengali - Ami tomake bhalobashi
Bahasa Belanda - Ik hou van jou
Bahasa Belarus - Ya tabe kahayu
Bahasa Bulgaria - Obicham te
Bahasa Catalan (Andorra & sebahagian Sepanyol) - T'estimo
Bahasa Croatia - Volim te
Bahasa Czech - Miluji te
Bahasa Denmark - Jeg Elsker Dig
Bahasa Estonia - Ma armastan sind
Bahasa Ethiopia - Afgreki'
Bahasa Finland - Mina rakastan sinua
Bahasa Frisian (sebahagian Belanda) - Ik hald fan dy
Bahasa Gaelic (sebahagian Sepanyol) - Ta gra agam ort
Bahasa Georgia - Mikvarhar
Bahasa Greek - S'agapo
Bahasa Gujerat (India) - Hoo thunay prem karoo choo
Bahasa Hawaii- Aloha Au Ia`oe
Bahasa Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hae
Bahasa Hungary- Szeretlek
Bahasa Iceland - Eg elska tig
Bahasa Indonesia - Saya cinta padamu
Bahasa Inggeris - I love you
Bahasa Ireland - Taim i' ngra leat
Bahasa Itali - Ti amo
Bahasa Jepun – Aishiteru atau Anata ga daisuki desu
Bahasa Jerman - Ich liebe dich
Bahasa Kantonis - Ngo oiy ney a
Bahasa Kemboja - Soro lahn nhee ah
Bahasa Korea - Sarang Heyo atau Nanun tangshinul sarang hamnida
Bahasa Latin - Te amo
Bahasa Latvia - Es tevi miilu
Bahasa Lebanon - Bahibak
Bahasa Lithuania - Tave myliu
Bahasa Luxembourg - Ech hun dech gaer
Bahasa Macedonian - Te Sakam
Bahasa Mandarin - Wo ai ni


Bahasa Malayalam - Njan Ninne Premikunnu
Bahasa Malta - Inhobbok
Bahasa Maghribi - Ana moajaba bik
Bahasa Melayu - Aku cinta padamu
Bahasa Nahuatl (Mexico) - Ni mits neki
Bahasa Ndebele (Zimbabwe) - Niyakutanda
Bahasa Norwegian (Norway) - Jeg elsker deg (dialek Bokmaal) atau Eg elskar deg (dialek Nyonrsk)
Bahasa Parsi - Doset daram
Bahasa Perancis - Je t'aime, Je t'adore
Bahasa Poland - Kocham Ciebie
Bahasa Portugis - Eu te amo
Bahasa Romanian - Te iubesc
Bahasa Rusia - Ya tebya liubliu
Bahasa Scot Gaelic (United Kingdom) - Tha gra\dh agam ort
Bahasa Serbia - Volim te
Bahasa Slovakia - Lu`bim ta
Bahasa Slovenia - Ljubim te
Bahasa Sepanyol - Te quiero / Te amo
Bahasa Swahili - Ninapenda wewe
Bahasa Sweden - Jag alskar dig
Bahasa Swiss-Jerman - Ich lieb Di
Bahasa Surinam - Mi lobi joe
Bahasa Suluk - malasah aku kaimu atau mabaya aku kaimu
Bahasa Tagalog (Filipina) - Mahal kita
Bahasa Taiwan - Wa ga ei li
Bahasa Tahiti - Ua Here Vau Ia Oe
Bahasa Tamil - Nan unnai kathalikaraen
Bahasa Telugu - Nenu ninnu premistunnanu
Bahasa Thai - Phom rak khun (kepada perempuan), Chan rak khun (kepada lelaki) & Rak te (tidak formal)
Bahasa Tunisia - Ha eh bak
Bahasa Turki - Seni Seviyorum
Bahasa Ukrain - Ya tebe kahayu
Bahasa Urdu - mai aap say pyaar karta hoo
Bahasa Vietnam - Anh ye^u em (kepada perempuan) & Em ye^u anh (kepada lelaki)
Bahasa Welsh (Wales) - 'Rwy'n dy garu di
Bahasa Yiddish (sebahagian Rusia) - Ikh hob dikh

Banjir? Bersedia Semua!!

Sekarang ni musim hujan.. air sungai pun dah mula naik.. jadi, pastikan anda yg tinggal di kawasan berhampiran sungai bersiap sedia untuk menghadapi banjir.. air mungkin naik dengan cepat.. Jaga anak2 kecil.. elak sebarang kejadian yg tak diingini..


Berikut adalah petikan Panduan Menghadapi Becana yang diterbitkan oleh Jabatan Pertahan Awam

Sebelum Banjir
  • Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
  • Pastikan sistem amaran banjir, cara ianya disampaikan dan maklumat persediaan banjir tempatan.
  • Periksa lubang air samada longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak melimpah masuk melaluinya.
  • Pastikan pusat pemindahan dan pusat bantuan bencana di tempat anda, buat plan dan latihan pemindahan kecemasan.
  • Sediakan Peralatan Kecemasan.
  • Pastikan seluruh ahli keluarga anda mengetahui Cara-cara Bertindak Semasa Kecemasan di rumah.
Sebelum Banjir - Semasa Tanda-Tanda Dikesan
  • Dengar pengumuman dari radio.
  • Penuhkan tong, bekas, sinki atau tab mandi dengan air bersih, semasa banjir air mungkin menjadi kotor.
  • Bawa masuk perabot atau perkakas di luar rumah.
  • Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama dalam bekas kalis air.
  • Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
  • Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.
Semasa Banjir - Di Dalam Rumah
  • Dengar pengumuman dari radio.
  • Bersedia dengan peralatan kecemasan.
  • Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.
Semasa Banjir - Di Luar Rumah
  • Pergi ke tempat yang tinggi dan selamat.
  • Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus yang deras boleh menghanyutkan anda.
  • Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir samada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
  • Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
  • Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
  • Jangan minum air banjir.
Semasa Banjir - Di Dalam Kenderaan
  • Jangan terus mengharungi kawasan banjir, berpatah balik.
  • Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan anda dan tinggalkan ia, pergi ke tempat yang selamat.
Semasa Banjir - Semasa Pemindahan
  • Apabila menerima arahan, segeralah berpindah.
  • Berpindah awal sebelum air banjir meningkat atau semasa siang, ianya lebih mudah dan selamat.
  • Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.
Selepas Banjir
  • Dengar pengumuman radio atau tunggu arahan pihak berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
  • Beri bantuan kepada jiran anda atau orang-orang yang kurang upaya (Orang tua, kanak-kanak atau orang-orang cacat).
  • Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan ianya mungkin tidak selamat.
  • Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya-bahaya yang tersembunyi.
 Selepas Banjir - Semasa Memasuki Bangunan
  • Pakai kasut.
  • Periksa kerosakan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
  • Periksa sebarang tanda kehadiran binatang atau serangga berbisa dan merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bersepah dilantai rumah anda.
  • Perhatian siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.
Selepas Banjir - Periksa Ancaman Bahaya
  • Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
  • Periksa wayar elektrik yang terendam dalam air.
  • Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
  • Periksa bahan-bahan mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, disel dan sebagainya).
  • Buang bahan-bahan makanan yang terendam atau terkena air banjir termasuk makanan dalam tin.
  • Periksa kerosakan tangki septik untuk elekkan bahaya biologi.
  • Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak berkuasa.

Thursday, December 15, 2011

Bahasa Inggeris itu penting

Sekarang ni siapa je yg tak pandai cakap dalam English (omputeh bak kata mak2 kita) ..
Kadang tu budak2 yg kecik lagi, comel2 umur sebelum tadika.. haa.. berhabuk cakap omputeh..
Comel memang comel..tapi kita tahu tak sebenarnya Bahasa Inggeris tu penting?

Kalau kita lihat kat sekolah sekarang murid2 belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. (sy pun sempat gak dulu) .. nak kata susah? tak kot.. rasanya lagi senang faham.. tambahan pula bila sambung pengajian ke IPTA @ IPTS, belajar dalam Bahasa Inggeris jugak..

So, kerajaan sebenarnya memudahkan pelajar untuk lebih menguasai Bahasa Inggeris dari peringkat awal.

Ok, dah penat membebel..

Kenapa Bahasa Inggeris penting?
  • Bahasa komunikasi antarabangsa
    • kalau pergi mana2 boleh hidup la org kata..
    • kan setiap negara ada dialek masing2.. so bahasa inggeris sbg bahasa perantara la.. karang sorang mengembek sorang mengaum susah jugak kan

  • Alam pekerjaan
    • senang nak kerja nanti.. kebanyakan company nakkan pekerja yg berkebolehan menguasai Bahasa Inggeris
    • kalau kerja dalam bidang bisnes, mesti nak try buat international business kan? haa... nk berkomunikasi macam mana kalau tak tau cakap omputeh?

  • Pengetahuan
    • semakin banyak yg kita belajar, semakin banyak yg kita tak tahu sebenarnya tau.
    • kita pergi mana2 tak semestinya semuanya tertulis dalam Bahasa Melayu.. ha.. dah kalau buta Inggeris, tak dapek den nak tolong tu do..
ACTUALLY, eka tak lah hebat mana cakap omputeh ni.. kecoh je lebih ni.. haha..

Thursday, December 8, 2011

Maksud Nama Atika

Ehem2.. disebabkan nama si penulis ni Nurul Atika... tangan gatal jap nak cari maksud nama sendiri..

Atikah, Atika – Virgin, pure, clear
(sumber dari http://namanama.wordpress.com/nama-arab/ )

Numerological Meaning (Atika)
People with this name tend to be very warm and nurturing. They are extremely reliable and are often found taking care of others. They have a deep need to try and create harmony in their surroundings. Unfortunately, this can sometimes lead to getting taken advantage of. They can have difficulties saying, "No." They can be quite successful as a Personal assistant, educator, or caterer to a small business.
(sumber dari http://www.birthvillage.com/Name/Atika )

Nurul : of course lah CAHAYA kan ..

Tuesday, December 6, 2011

Ombak Rindu~~~


weeeehuu... dah tengok ombak rindu?
tengok la.. for me, cite tu best.. cuma cepat sikit kot jalan ceritanya..
tak sempat nk feel sangat..
tapi ok la..
huhu.. couples out there,,, jom serbu wayanggggg~~

p/s: tgh dok diam dalam wayang tibe2 airmata mengalir. haha




Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?
Paling menarik apabila Maya Karin yang membawa watak Izzah seorang yang bertudung dan memerlukan beliau untuk mendalami ilmu agama serta adat budaya. Maya Karin mengatakan,
“Ini kali pertama saya bertudung untuk sesebuah watak. Jadi, saya mengambil inisiatif dengan belajar agama dengan seorang ustazah selama dua hingga tiga jam sehari. Kelas kami berlangsung selama empat hari seminggu. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya, saya dapat mendalami dan memantapkan lagi ilmu tentang agama dan budaya.
“Selain inisiatif memanggil ustazah, saya juga mendalami watak Izzah dengan mendengar muzik khas yang terdiri daripada lagu-lagu tradisional Terengganu, Kelantan, dan juga lagu wayang kulit semata-mata untuk mendapatkan ‘feel’. Malah, nak masuk kereta pun saya dah pakai tudung,” ujarnya yang manis bertudung ketika majlis sidang media filem ‘Ombak Rindu’ di Bukit Kiara baru-baru ini.
sumber :
http://limauais.com/filem-adaptasi-novel-ombak-rindu-maya-karin-dilacurkan-bapa-saudara/