Nurul Atika Moktar

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, February 28, 2011

Telah ku curi dari blog wana. Comel kan?!

Cuba klik kat dua link bawah ni.. anda pasti akan,,
tersenyum, atau
tergelak, atau
geleng kepala, atau
meniru aksi mereka, atau
anda seorang yg tiada perasaan kerana hanya buat muka selamber...
Nak tahu ape benda...? haa...klik la kat bawah ni..
huru hara
angguk2!

Any comment? ni wana yg buat tau..
anyway thanks to wana... dia yang ajar eka wat blog dulu...tahun lepas...

Sunday, February 27, 2011

Ceritera Seorang Aku (kecik Ke BESAR)

Zaman muda2... kenapa tulis macam tu, aku dah tua ke?
Eh tak la... maksudnya.. zaman kanak2 n zaman sekolah dulu..
Macam mana aku masa tu? HAHAHA...

..ZAMAN TADIKA..
Nakal bukan main lagi..
Pastu selalu sangat berangan nk jadi princess kononnya..
Hehe.. dulu aku tadika kat Tabika Perpaduan Gemencheh(TBG)

Aku ingat lagi first day datang... aku dok kat belah hujung sekali..
Time tu takde kawan lagi.. duduk kat kerusi..
Aku jongket2 kerusi tu...TIBE2... kedepekk!! wuuuuu..aaaaaaaaAAAAA!!!!!!
hahahahaha...nangis kemain kuat lagi..haha..

Rumah aku ngan TBG tak jauh pun...so jalan kaki jer...
Hari2 mak aku jemput..n hari2 jugak la aku paw mak aku nk beli jajan kat depan tadika..ngehehe

Masa tadika tu aku dapat anugerah pelajar terbaik tau...
Ada trofinye kat rumah
Ceh...bukan main bangga lagi.. haha
aku x ingt sgt kwn2 tadika.
yg still kwn, Hakim, Salmira, Fatin (along) ngan Siti

 ..ZAMAN SEKOLAH RENDAH..
Dulu aku famous sebab aku ni ank Guru Penolong Kanan kat situ
Aku sekolah kat Sek Keb Bukit Rokan (LKTP)
Aku sekolah kat Felda sebab ayah aku mengajar kat situ

Zaman ni.. kelakar jugakla..
Macam2 gelaran aku dapat. "tebuan" la yang paling aku ingat.
Hafizuddin selalu panggil aku dgn nama tu sebab dia selalu kene cubit ngan aku.hehe

Dulu aku ni Librarian.. Ceh.. rajin bebeno dok kat library..
haa...mase sek rendah aku suke sgt baca buku agama..asyik2 pnjm buku kisah2 nabi..

Masa sekolah rendah dulu aku rapat ngan Syahirah, Siti, Fatin, Yusra, Azira, Syamimi, Aminah, Hajar
Dulu aku selalu pg rumah aminah, main masak2 ngan dia n adik lelaki dia..hehe comel jer..
Yusra plak, aku still ingat dia tunjuk aku kolam itik..
First time tgk,aku kemain teruja lagi..
kawan lelaki yg rapat lak,Ayoi, Firdaus, Haiqal, Ijat, Aizat, Safuan.
Hehe..aku ingat lagi, Aizat tu kuat nangis.. hik3..

Kitorang selau bersaing.. batch yang terbaik kot..
UPSR aku dapat 4A 1B je.. geng2 aku sume dapat lbey kurang..
Aku dpt twrn SMKA Pedas n Sek Men Agama Repah tapi aku tak pergi

..ZAMAN SEKOLAH MENENGAH..
Haa.. Masa ni..cuma dua org je dr Sek Keb Bukit Rokan yg msuk SMK Dato' Mohd Taha, Gemencheh
Tapi..apa ada hal.. kan aku budak Gemencheh..
So..aku kenal la sikit2 budak2 Gemencheh yang sama2 ngaji dgn aku kat Taski ABIM,
Budak2 yang popular..kalau tak, camne la aku oleh kenal Asyraf, Mirul, Helmi sume tu kan...

Masa Form1, aku rapat dengan Athirah, Ain n Shazlin. Pg mane2 msti 4 org. takleh pisah..Lagipun 1 kelas.
Form 1 Dahlia (kelas ketiga)
Naik Form 2 & Form 3 kitorng berpecah. Ain n Lynn kls Anggerik (kls no 1) 
aku Cempaka (kls no 2) n Athirah still Dahlia

Muncul lg sorang member,, Diana..
Sejak Diana ada, aku mcm disisihkan.. so aku sorg2...tapi still ok ngn diorg

Masa Form 2, aku pernah kena kaunseling ngan ustazah. haha.. yg rapat tahu apa dah jadi
Form 3 pulak kena kaunseling ngn kaunselor..atas kesalahan yg aku tak buat
Tapi disebabkan org yg fitnah aku tu cikgu, aku diam je,,malas nk lawan.

Tapi, walaupun begitu, aku termasuk dalam SENARAI PELAJAR ELIT sekolah aku tau..
keputusan PMR tak la ok sgt pun,
Just dpt 5A 3B

Kira ok la tu untuk student yg tak pergi tuisyen n pemalas nk buat latihan mcm aku ni..
Aku dapat tawaran Sek Men Teknik Bukit Piatu Melaka (Kejuruteraan Elektrik) tapi aku tak pergi

Naik Form 4 aku masuk kelas first (4 Anggerik) aliran Sains Tulen.
Aku dpt kawan baru.. Zahirah n Zaleha
Tapi Zahirah tu kjp je coz dia pndh skolah lain. Aku rapat tros ngn Zaleha yg aku pgel Logek
Kitorang dah mcm belangkas..berdua je..
Dia mmg superb! seorang kawan yg betul2 kwn.. (rindunyerrr)

Aku main Bola Baling dulu..dapat sampai peringkat daerah je no 3.
Pastu aku pernah mewakili sekolah (aku sorang je) pergi kursus kat Tanjung Piai,Pontian Johor (Peringkat Kebangsaan Zon Selatan tahun 2007) Best sgt. time tu aku dpt ramai kwn baru..
Aku jugak pernah masuk Sirkit Mendaki Gunung Peringkat Negeri Sembilan... punyalah penat... 
Masa pergi baju muka sume suci.. masa balik dari atas ke bawah kaler coklat,
dah macam orang tanah jer.. hohoh.

Masa Form 4 n Form 5, kawan2 aku : Logek, Suki, Acip, Mirul, Acap, Fam Woei Ping, Gan Kenneth, Dharsigah,Yogini, Shahid, Ain, Lin, Zera, Nabila, Zira, Anor, Sharifah, Fatin, Fathin, Mariam, Khaira, Diana, n ramai lagi..

SPM aku dapat 5A 1B 4C ..haha..teruk kan? nak buat mcm mana
Dah memang aku malas..

Aku dapat tawaran Form 6 aliran sains kat Tampin
Tawaran IPTS mmg melambak la..
Tawaran Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) jd nurse pun aku dapat
Pastu Interview SPA Jurubahasa
Last2 aku pilih yang ni... UiTM Segamat, Johor

..SEKARANG..
Ni lah life aku sekarang.
Pelajar jurusan Pengajian Perniagaan Tahun 2 di UiTM Segamat, Johor
Aku jd seorang yg sgt low profile,
Tak siapa kenal aku kot. haha
Aku masih di takuk lama..
Seorang yang pemalas.. malas n malas.. 
Aku ada kawan2 yang sgt baik.. syg diorang.. =)

..SEKIAN..

Saturday, February 26, 2011

Hobi Masa Lapang!

Apa yang aku suka sangat buat time ada waktu lapang atau dok sorang2?
    Cipta lagu sendiriBergayut n sms dgn my boyfie
  1. Surf internet
  2. Layan movie
  3. Bergayut @ SMS
  4. Dengar lagu
  5. Berangan
  6. Tidur
  7. Snap gambar
  8. Makan
  9. Cipta lagu sendiri
  10. Masak n mengemas


makan

Friday, February 25, 2011

budak kecik

ish... tahun ni umur da masuk 20 tahun?
wow.. tak sangka..
haha..ingatkan aku ni muda lagi.. =)
tapi bila aku teliti dan kaji diri aku sendiri..
haha.. TOTALLY aku ni masih di bawah kategori KANAK2..
dari segi pakaian.. perangai (of course kgkwn aku setuju) ..
whatever.. apa org nk cakap.. ada aku kesah?
tapi kan,.. mmg tak boleh aku nk tipu la yang aku JELEZ tgk
perempuan2 sebaya aku..
diorang lawa2.. pandai bergaya.. mekap semua..
aku ni.. apa je la yang aku reti..
baju main sarung je apa ada depan mata...
mekap mmg la aku tak reti..
totally la..aku mmg tak macam perempuan umur 20 tahun
baru2 ni ada srang makcik ni,, dia dengan anak pompuan dia masa tu.. ank dia form 3
mkcik tu tanya aku,, umur berapa?
aku suruh la teka..
n makcik tu jawab.. TINGKATAN DUA ye?
hahaha..aku dah tergelak2 dah..
haa..tengok... mmg nampak sgt la yg aku ni nampak mcm budak2 kan..
tapi takpe... people change...
tengokla nanti suatu hari bila aku buat transformasi..
cehhhh...berangan je la kau eka oi...



entah bila la SUATU HARI kau tu kan.. hahaha

Aku nak bebel2~

  • Tetibe rasa nk update blog ni tapi taktau nk cakap pasal apa.. takde tajuk fokus, so aku nak cakap pape je.. suke hati la...this is my blog....
  • Aku ni susah sangat nak tido awal.. dah cuba dah.. mungkin sebab dah terbiasa.. mata ni takmau shut down kalau awal2 ni... sebab tu la mata aku ni dah jadi macam hantu Kak Limah!
  • Lagi satu..aku ni liat sangat la nak study.. padahal ni musim test da kot.. aiyaa... ada suggestion tak camne nk hilangkan kemalasan saya? Asal pegang buku je ngantuk,, mesti nak tidur...
  • Tapi kalau online & bergayut tgh2 malam  tu,, sanggup pulak bersengkang mata,,tak tido..
          tapi kalau masuk bab pelajaran...masyaallah..malas bkn main!!
  • Ni lagi satu benda.. Pasal makan.. Kalau diikutkan..badan aku ni kecik je.. tapi makan banyak! haha..
  • lagi2 kalau kat rumah.. rumah aku heaven kot..banyak makanan.. hehehe..
  • asal cuti balik rumah je,,badan aku naik.. pipi jadi tembam..
  • tapi bila balik UiTM je,,badan aku mengecut,jadi kurus..padahal bukan aku tak makan. haiii...pelik..pelik..
erm...ape lagi aku nk bebel ek?
  • haa..ni.. aku tahu ada je orang yang tak suka aku kat UiTM Segamat ni.. Mereka-mereka tu sebenarnya jeles.. takpe..janji aku bahagia..
  • dan aku mendoakan mereka bahagia juga.. =)
dah la.. tu je kot aku nk bebel2.. nanti aku akan membebel lagi..haha.. salam.

Saturday, February 19, 2011

Wanita lebih cantik tanpa mekap!

Perempuan & mekap! Memang tak boleh nak dipisahkan, betul tak?
Apa pula pendapat kaum Adam pasal ni.. Jom kita kupas isu ni..

  • Laman MailOnline melaporkan bahawa dapatan tinjauan tersebut menunjukkan seorang daripada lima lelaki berharap pasangan mereka akan kurang bermekap. Dapatan itu juga menunjukkan seorang daripada 10 lelaki lebih gemarkan wanita yang langsung tidak bermekap.

  •  Ramai lelaki menganggap membincangkan hal mekap yang terlalu tebal dengan pasangan mereka sebagai sesuatu yang sukar ditimbulkan.

  • Seorang daripada 10 responden lelaki yang menimbulkan hal itu akhirnya ditinggalkan pasangan masing- masing. Kajian itu juga menunjukkan bahawa sekitar 12 peratus wanita akui mereka terlalu banyak bermekap.

  • 'Jadi nampaknya, kaum Hawa memakai terlalu banyak mekap untuk menyembunyikan kulit mereka bukan sekadar menarik perhatian kaum lelaki. Sekiranya wanita terasa lebih yakin dengan kulit mereka, tidak perlulah mereka terlalu banyak bermekap.'

  • Tinjauan juga menunjukkan kaum Adam tidak gemarkan bulu mata palsu, gincu yang terlalu terang warnanya, penggaris bibir yang terlalu gelap warnanya, dan kening yang dilukis.

  • Kajian itu juga menunjukkan bahawa bagi setiap 10 wanita, lebih daripada empat hampir bermekap setiap kali sebelum meninggalkan rumah mereka. Sekitar 15 peratus mengaku mereka tidak akan keluar pintu rumah tanpa bermekap. Hampir dua pertiga wanita mengaku bermekap di seluruh muka sebelum ke tempat kerja setiap hari.

  • Sedikit mekap adalah yang terbaik.

 
Di bawah ini disediakan satu senarai mekap yang tidak disukai kaum Adam:
1) Mekap yang melekat pada gigi.
2) Pemerah pipi.
3) Bedak asas yang terlalu tebal.
4) Mata yang kelihatan seperti beruang panda.
5) Maskara yang terlalu tebal.
6) Warna bibir yang terlalu terang.
7) Kesan bedak asas kelihatan di bahagian bawah rahang.
8) Pembayang mata yang berwarna biru terang.
9) Kening yang dilukis.
10) Celak yang terlalu tebal.

Thursday, February 17, 2011

roomate ku yg giler2.. huhu

masing2 muka tak mandi... tapi ni la yang mahal kan2... natural beauty... gambar time gotong royong perdana kolej haritu..

Sunday, February 13, 2011

MODUL AGAIN _ Sem 4 sudah aku di UiTM

harini 13 feb 2011 aku ada modul 4..
bermula pukul 9.00am sampai 11.00 am ada ceramah..
dah la tak brape nk dengar..pastu boring..haihh..



kat dewan dok ngan cik yuhanis



then beratur panjang kat uptown nk beli makanan..
tak mcm bengang plak kan kol 11.40 baru dapat naik bilik..
sambil beratur tu sempat gak snap ngan Ili Natasha Azlan   
ni masa kat masjid, sebelum msuk hutan
akhirnya sampai jugak..fuhh..
lepas sembahyang berjemaah.. kitorang berkumpul luar masjid untuk dipecah2kan.. cuaca sangat2 panas time tu.. and..hahaha.. group aku yang last sekali dilepaskan..
buat ape je erk?
erm..kitorang mcm explorace..
pergi checkpoint2 n setiap chekpoint tu ada tugas tersndiri..

                                                                      
sudoku, teka teki, teka silangkata, buat hiasan mcm org asli, kutip biji getah, mcm mana nk lepaskan ikatan tali, n yang kelakar, kena jwb soalan agama.. masing2 lupa..

.
on the way balik bilik
dah sampai tu,, ada penyampaian hadiah.. pastu balik.... yeahhhh... lapar.. terus je gi uptown.


ni la muka after dicalit air tanah kt dalam hutan tuh



Saturday, February 12, 2011

Sehari Di Melaka! (^_^)

kat fitting room padini.. sempat snap before test kemeja..
bila miss panda senyum..hahaha


with my bestie Yuhanis Hussin..

Ok..hari sabtu 11 feb 2011
eka - yuhanis - aqif - azam - abad
kitorang 1 group buat assigment untuk subjek MKT310 kat Shell Ayer Keroh
interview tentang aktiviti PR yg pernah dijalankan oleh company Shell..
Mulanya kami terlambat sampai..
Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar..
Interview yg sangat2 bagus.. Banyak sangat info yg diperolehi..
Thanks to EN. RIDZUAN AHMAD..
jasa baik anda tidak akan kami lupa..
selain dapat siapkan assigment, kitorang jugak dapat ilmu baru..
En. Ridzuan membuka minda kitorang.. macam mana nk berjaya..
Dapat la sikit2 ilmu perniagaan.. =)
Lepas interview... kitorang makan free pulak!
ASAM PEDAS MELAKA.. ahh.. sedapnya.. jadi rindu kt masakan mak..
Bertambah sedap bila abg wan yg belanja... hehehe.. thanks again..

After that kitorang pergi Dataran Pahlawan..
apa lagi.... mula la mata start dok melilau tgk situ sini..
n...bermula la...SHOPPING!!! (^_^)
hehe.. jalan punya jalan..
takkan nk tengok je kan...
Yuhanis Hermosa dah rambang mata tgk seluar jeans...
eka plak tak habis2 belek2 kemeja..
so beli la...rugi kot if tak beli..
pastu separate dah ngn the guys..
diorang balik dulu..
eka n yuhanis tgh duduk kat kolam ikan tu,, si Raja Ain pun sampai.. omg...
sy jeles ok awk sgt tinggi.. =)
jalan2 jap..then dia kata nk balik dah..kwn dah kol..

jalan2 lagi.. kak fiza sampai..
omg! comel gilerr!!
window shopping plak....

dah penat berjalan...kitorang pun balik..
dalam kereta yuhanis n kak fiza tak berhenti bercakap.. masing2 beriya bercerita..
n aku kat blakang.. sedap tido.. ngehehehe..
sampai kolej, kol 7.30pm
ohh..sangat letih..
tapi,for me.. it was a happy day.. =)



Wednesday, February 9, 2011

SWEET CHOCS

Sekarang eka buat bisnes cokelat taw.. Sedapppp sangat.. & comel..
cute la if nk bagi hadiah kat orang.. Harga tak la mahal pun.. Bawah RM10.. Mmg mampu beli kan? =)
RM7.50
RM7.50
RM3.90

RM5.20
RM5.20
RM3.90
RM3.90
Ada banyak lagi.. Sedia menerima tempahan






Saiz coklat tu sama.. tapi yang menbezakan bilangan dia.
4pcs = RM3.90
6pcs = RM5.20
8pcs = RM7.50
E-mailkan ke ketot_hyper@yahoo.com