Nurul Atika Moktar

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, January 16, 2012

Selamat Pulang Dari Langkawi.. Seronok!

Gambar ni Eka tangkap dari dalam bas masa dalam perjalanan pulang dari Kuala Perlis ke Johor.. Cantik kan sawah ni? tiba2 ada pokok mati pulak.. tengok balik dah macam kat Africa lak. hehe..


Ok.. mana kitorang pergi kat Langkawi? erm... kitorang pergi beberapa tempat..


1. Warisan Sireh Lagenda - Sireh Lagenda ni tempat penghasilan produk gamat. Kat sini dapatlah tengok macam mana rupa ulat gamat tu ataupun dikenali dengan nama 'sea cucumber'. Banyak jugak produk gamat,40 jenis klu tak silap. bukan minyak gamat je taw.. biskut gamat pun ada.. haaa..nak try ke xnak je persoalannya sekarang..



2. Kompleks Kraftangan Langkawi - ok, tempat dia besar taw.. kat sini banyak barang2 kraftangan. KARYANEKA, di mana barang2 kat sana bukan sahaja dipamerkan, tp ada jugak yg untuk dijual. apa yg ada kat situ?
- lukisan batik
- barang perhiasan wanita
- baju
- bakul2 anyaman
 errr... tak ingat dah..
- ada muzium jugak tau kat sini


3. Faizy Crystal Glass Blowing Sdn Bhd - ok.. tempat ni adalah tempat penghasilan barang-barang hiasan kaca. Kat sini kitorang dapat tengok macam mana daripada ketulan2 pasir silica tu diproses jadi hiasan kaca. Menarik jugak tgk proses pembuatan tu, tapi panas sikit la. bayangkan, kita tgk secara dekat mesin2 tu yg mana salah satu mesin tu bersuhu 1400 darjah celcius! panas kan? tp brader kat situ relaks je.. hoho..



4. Ummiagro - Ummiagro ni kilang air mineral.. jenama air dia ialah 'air mineral mim'. Kat sini kitorang tak dapat tengok macam mana air ditapis, tp kitorg dapat tgk mcm mana packaging dibuat. Tahu tak bentuk asal botol mineral yg selau kita minum tu? Bentuk dia kecik je taw, macam test tube. Lepas tu guna high pressure untuk tiup benda tu n jadilah botol... =)



5. Pekan Kuah - Pekan Kuah ni biasanya memang orang akan pergi bila sampai langkawi. Kat sini lah korang boleh beli coklat, pinggan mangkuk, sudu2, baju2.. harga bolah tahan lah murah.. pandai2lah tawar-menawar =)



6. Kondo Istana - Kitorang menginap kat sini.. Kitorang pilih apartment memandangkan kami ni ramai. Selesa..view pun okay.. Harga? berpatutan...



Rasanya nak pergi lagi je Langkawi.. Seminggu ok kot.. nak pergi dengan family pulak. One day insyaallah..

Wednesday, January 11, 2012

Eh, jom uji minda! ^_^ (Test your brain!)

Keep staring at the black dot... After a while the gray haze around it will appear to shrink.
Can you find the baby? 
how many legs that u see?
How many faces can you find?
Look at the chart above and say the COLOR of the word,
not the word itself.

Why is it so difficult? Because the right half of your brain
is trying to say the color, while the left side of your brain
is trying to say the word. 

Can you find the 9 people in this picture?
Do you see an old man's face or two lovers kissing?

Kisah 3 Pagi.. Real Story

Ni kisah aku.. nak caye ke tak, terpulang.. alkisahnya aku ni sorang je anak permpuan dalam adik beradik. So bilik aku, aku tido sorang la kan.. Aku suka bawak kucing tidur dalam bilik dulu, buat peneman.. Kisah ni berlaku masa aku Form 3, tahun 2006. Aku still ingat lagi sampai sekarang..

Kejadian berlaku kat rumah aku sendiri, kat Gemencheh Negeri Sembilan. 
Bilik tidur aku betul2 depan toilet. N aku tidur kat katil queen sized.
Tiba-tiba kucing aku yang biasanya tidur nyenyak mengiau-ngiau kuat.. Habis barang2 aku atas almari solek dijatuhkan nak bagi aku bangun. Aku ingatkan dia nak membuang hajat, so aku keluarkan dia.. 
Lepas tu aku baring balik kat katil.. aku tengok jam time tu dah pukul 3 pagi.. susah pulak mata nak lelap..
Tiba2, aku rasa lain macam.. mulanya aku tak hiraukan pun.. tapi TIBA2 aku rasa katil aku macam ada 'benda' berdiri tau.. Sebab terasa tilam tu ke mendap ke dalam.

Kalau macam tu je ok lagi... 'dia' melangkah pulak setapak-setapak keliling akuuu... adoii.. bukan tu jer.. siap dengar lagi dengus nafas yg amat kasar, macam harimau + anjing pun ada gak.. tambah pulak aku dah takleh nak gerak n aku rasa bahang tau.. Aku try baca ayat kursi.. lebih kurg 5 kali aku ulang tapi aku tak dapat nak habiskan ayat last. dah tunggang terbalik, 'benda' tu sampai kat kepala aku.. Dalam hati tak payah nak cakap ape la.. takut laaa... 

Last2 aku try gak bertenang n baca perlahan-lahan ayat kursi tu.. alhamdulillah dapat gak habiskan.. habis je ayat last tu, semua bunyi, bahang tu terus hilang.. aku ingat nak pergi bilik mak bapak aku, tp aku takut kalau2 'benda' tu ada kat luar bilik. so aku duduk diam2 atas katil samapi la aku terlelap...

Keesokannya aku mintak bapak aku azankan rumah tu..
Banyak lagi yg aku alami pasal benda2 mistik ni,macam ;
  1. disakat pontianak kat Felda Lok Heng, Kota Tinggi, Johor
  2. bunyi suara panggil nama aku dari dalam toilet
  3. towel yg disidai berhayun sendiri
  4. peristiwa kat hostel UiTM Segamat, Johor
  5. black out - 3 benda terbang
Nanti rajin aku update cerita yg selebihnya yer.. Ni bukan reka tau.. aku pun tak tahu kenapa aku selalu kena kacau..

Monday, January 9, 2012

13 - 15 Januari -> LANGKAWI !!




Langkawi is located in Kedah, Malaysia.

Hoho.. Assalamualaikum.. entri blog kali ni aku nak cakap yang aku nak pergi Langkawi!! wee.. walaupun dah bosan pergi sana, tapi still gak kena pergi.. Kali ni pergi under trip kelas untuk subjek ENT300 ataupun Entrepreneurship. Nanti gi kilang coklat, gamat n ape tah. hehe..

Tapi bukan saje2 tau.. balik nanti kena buat report.. ahh malasnya.. (eh, kena rajin lahh!) 

Kali ni pergi dengan kawan2 sekelas je.. so maybe lagi enjoy kot. nak2 budak2 kelas aku semua masuk air. Huhh.. harap umur je dah 21.

So.. kita enjoyyyyy!!

(kira_kira duit nak beli coklat.. hehe)

Monday, January 2, 2012

Fibox gantikan Shoutbox @ Shotmix


Shoutmix dah nak expire dah.. so.. camne nak chat ngan blogger lagi ni? haaa.. nii dia.. cuba try FIBOX ni. Function dia sama je macam shoutmix tu..

  1. sign up dulu..
  2. masukkan e-mail..
  3. check inbox..
  4. pastu follow je link tu..
  5. dapat code..
  6. copy paste kat blog korang.
  7. dah settle!

Blog Kiz : "Bloglist X-Change" dan "Review Ur Blog"


Korang pernah tengok tak blog Kiz ni? Aku tau pasal blog ni pun sbb dia usha blog aku n meninggalkan kesan jari kat shoutmix aku.. pastu laju je tgn ni nak tgk blog dia.. pastu ada pulak segmen ni.. "Bloglist X-Change" dan "Review Ur Blog"..  Macam best pulak aku baca..
Lepas tu..ada lagi satu.. haa. Ni dia..

Interesting kan? Jom2.. kita join nak? And bila scroll2 lg blog tu.. eh,best gak blog tu.menarik minat aku. Korang try la usha blog ni.. ni link dia

Sunday, January 1, 2012

Leopard : Si Bintik-bintik

Leopard.. tengok tudung aku nih... rawrrrr~ garang tak? haha..

aku suka tudung ni sebab senang pakai.. hee..ni tudung mak aku.. dah lama ni..

time aku tadika lagi tudung ni dah wujud.. hoho..lama kan?